Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Jan 6, 2012

Jus Strawberi Cegah Gigi Rosak



salam semua,

Kandungan mineral dalam strawberi seperti kalsium, zat besi, magnesium, kalium, selenium, vitamin C dan asid folat baik untuk penjagaan gig. Menurut pengkaji dari Universiti Muhammadiyah Yogyakarta, bahan pemanis seperti xylitol dan polifenol terbukti mengurangkan pembentukan plak sekali gus mencegah kerosakan gigi.







Sekian,

Makanan Pengawal Gula Darah [Part 1]


Salam Semua,


Pengaturan makan merupakan asas terpenting bagi pengubat diabetes. Penderita diabetes yang bijak pasti mahu belajar mengenali makanan yang boleh menyebabkan gula darah meningkat salain berusaha menghindari makanan tersebut.Pada dasarnya penghidap diabetis boleh mengambil segala makanan seperti orang lain, tetapi harus dikawal daripada aspek kandungan gula, lemak dan kadang-kadang makanan yang bergaram tinggi. Selain itu, kuantiti yang diambil juga adalah penting. Berikut adalah makanan yang baik bagi mangawal paras gula darah.

Peria

Jika anda memiliki anggota keluarga yang menderita diabetes, sudah saatnya untuk menyiapkan peria di meja makan. Sayuran ini sangat bermanfaat dalam menurunkan tekanan darah dan kencing manis. Tetapi, jangan menggabungkan makanan ini dengan ubat penurun gula darah, kerana ia boleh membuatkan paras gula darah turun secara drastik.






Gandum

Cubalah untuk memasukkan lebih banyak produk gandum dalam senarai makanan anda. Di samping mengandungi banyak vitamin penting, mineral dan serat, gandum juga mengandungi karbohidrat kompleks yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan tenaga. Karbohidrat kompleks diserap lebih lambat berbanding karbohidrat sederhana yang mambantu menstabilkan paras gula darah.


Epal

Kandungan pektin tinggi dalam duah ini dipercayai membantu menurunkan keperluan insulin tubuh. Sebuah kajian tahun 2005 mendapati wanita yang mengambil sekurang-kurangnya sebiji epal sehari, berisiko 28 peratus lebih rendah menderita diabetes jenis 2 berbanding mereka yang tidak makan epal.




Kacang

Serat larut yang tinggi dalam kacang tidak hanya bermanfaat untuk sistem pencernaan dan jantung, tetapi juga menyimpan gula darah setelah makan. Jika anda mengalami kerintangan insulin, hipoglisemia atau diabetes, kacang dapat membantu anda menyeimbangkan kadar gula darah.






nantikan Part II......


Sekian,
 


Makanan yang Cepatkan Metabolisme



Salam semua,

Memahami cara kerja metabolisme tubuh merupakan salah satu kunci untuk menurunkan berat badan. ia adalah cara tubuh mengubah makanan menjadi tenaga yang membuatkan kita bergerak and beraktiviti. Semakin cepat metabolisme tubuh, semakin banyak kalori yang terbakar. Semakin banyak tubuh membakar kalori, semakin mudah untuk menurunkan berat badan. Metabolisme yang tinggi bermakna anda memiliki lebih banyak tenaga, merasa lebih muda dan aktif. Jadi untuk mempercepatkan metabolisme, anda boleh mengambil sama ada epal, sayuran hijau (terutama bayam), tofu atau ayam bebas lemak, beras perang, air putih, teh hijau dan makanan peda (disebabkan oleh kandungan capsaicin)

Haa.. Kepada yang kekurangan masa untuk bersenam mungkin ini merupakan salah satu pilihan untuk kuruskan badan, dengan meningkatkan metabolisme badan. Dapat makan, dapat kuruskan badan.

Sekian,

Suka Berjaga Lewat Malam? Sila Baca...

Salam Semua..

Berjaga malam pastinya tidak baik untuk kesihatan, apatah lagi jika ritual hampir setiap hari. Tidur yang cukup dan teratur sangat disarankan. Masalahnya, tidak semua orang memiliki kemewahan sebegitu. Tuntutan pekerjaan misalnya menyebabkan ada yang terpaksa berjaga sehingga ke pagi. Nah, bila memang harus berjaga, sekurang-kurangnya atur kembali pola makan anda. Mungkin ada yang berpendapat, mengambil makanan manis akan meningkatkan tenaga. Hakikatnya, ia hanya akan membuatkan anda semakin mengantuk. Kenyataan ini berdasarkan kajian penyelidik dari Universiti Washinton.

Selepas anda membaca artikel ini, maka terhapuslah perspeksi lama yang mengatakan makan makanan manis seperti cokelat mampu untuk memberi tenaga segera pada waktu malam, sebaliknya ianya membuatkan anda akan mengantuk.



Sekian,

Dec 28, 2011

Makanan LARANGAN Lelaki

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik University Havard mendapati lelaki yang makan makanan berunsurkan soya kurang 41 juta sperma bagi setiap satu mililiter berbanding lelaki yang mengambilnya. Apa kaitannya? Soya mengandungi isoflavon (komponen organik dari tumbuhan) yang mirip dengan estrogen dan menurunkan kemampuan sperma. Tidak mahu menghadapi risiko? Hindari makanan "larangan" ini. Sumber: iSihat
Published with Blogger-droid v1.7.1

Dec 5, 2011

Masalah Bau Kaki?

Sering kali menghadapi masalah bau kaki walaupon sudah memakai bedak bayi, pewangi kasut sehingga merimaskan malah memalukan? Jesteru itu, amalkan langkah dengan mengeringkan kaki secara sempurna termasuk di celah-celah jari selepas mandi. Elakkan sama sekali memakai kasut dengan kaki basah kerana akan memerangkap lembapan sehingga menyebabkan bakteria membiak dan menyebabkan kaki anda berbau. Selain itu, jangan memakai kasut yang sama selama dua hari berturut-turut. Tukarkan kasut anda dan biarkan Udara busuk itu keluar!~

Jadi, jika kita rasa kita jenis yang lambat bersiap eloklah mandi awal-awal sebelum hendak kemana-mana. Supaya kaki kita sempat kering dan dapat mengelakkan daripada kaki berbau. Dan lagi satu, peruntukanlah sedikit duit untuk membeli kasut yang ke-dua setidak-tidaknya... jika ada kemampuan yang lebih, bolehlah beli lebih dari sepasang. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk atau lebih berbelanja, demi untuk kesihatan kaki kita sendiri.

sumber: iSIHAT

Sperma Mati Jadi Nutrien

Menurut Dr. Ismail Thamby, proses pembiakan sperma daripada peringkat sel asal kepada matang adalah selama 90 hari dan jangka hayat sperma dalam 'ampulla' pula ialah dua minggu. Secara jelasnya seorang lelaki menghasilkan 70,000 sperma seminit dan 100 sehingga 300 juga sperma sehari. Jika sperma itu tidak dikeluarkan melalui ejakulasi, sperma tersebut akan mati dan ia kemudian akan digunakan sebagai nutrien dalam badan.

hah!~ jumlah sperma yang dihasilkan dalam sehari adalah banyak! tapi, ianya mengambil masa 90 hari untuk matang (3 bulan) walaupun hanya mampu hidup 14hari dalam ampulla.. janganlah nak membazirkan ia dengan aktiviti tidak berfaedah. biarkan ia mati sebab akan jadi nutrien dalam badan.. n_n

sumber: iSIHAT

Nov 23, 2011

Kelebihan Telur Ayam

Telur ayam~?? sedapkan~?? haa... ini ada info sikit pasal telur. Enam biji seminggu adalah jumlah telur yang dicadangkan diambil oleh Yayasan Jantung Australia sebagai diet sihat, ini kerana seperti mana sumber protein yang lain, telur memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Selain itu ia tidak memberi kesan terhadap paras kolestrol. Dan jika korang nak tahu~ 14 Oktober adalah Hari Telur Sedunia!

haa~ enam biji adalah hidangan cadangan... dah kalau hari-hari makan telur... jemu juga~ nanti muka pon dah macam telur kot~ huhu! >.<

 
JOM makan TELUR~!! Jimat dan Mengenyangkan!

Sumber: iSIHAT

Nov 22, 2011

Kebaikan Brokoli

Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Havard  baru-baru ini mendapati sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak dua hingga tiga kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisi diet hampir 50,000 orang lelaki dan mendapati bahawa mereka yang memakan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya..

Jadi, tak perlulah teragak-agak lagi untuk makan brokoli..





Sumber: iSIHAT

Sep 19, 2011

Fiber Buah Dan Sayuran Satu Keperluan Badan Yang Dilupakan

Tanpa fiber (serat) dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu pemakanan kita.

Fiber banyak didapati daripada dinding sel tumbuh-tumbuhan di mana apabila ia dimakan ia tidak diserap oleh usus dan berlalu melalui usus kecil ke usus besar sebelum keluar menjadi "ketulan". Jangka masa yang sesuai ketulan keluar setelah makanan dimakan adalah antara 12 ke 18 jam dan melebihi jangka masa ini meningkatkan risiko kanser usus besar (colon cancer).
 
Terdapat dua jenis fiber iaitu yang tidak diserap dan yang diserap oleh badan. Fiber yang tidak diserap oleh badan, menyerap air dan ini menyebabkan ia mengembang dalam perut kita. Ia menjadikan kita merasa kenyang. Fiber yang diserap pula membantu dalam menurunkan kadar kelestrol dalam darah.
Fiber yang tidak diserap boleh didapati daripada kekacang dan biji-bijiran (cereal) seperti kacang soya, kacang hijau, pea dan almond. Manakala fiber yang diserap adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita memerlukan 5 ke 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan pelbagaikan jenis hidangan. Satu hidangan adalah diukurkan berdasarkan besar telapak tangan kita. Ia nampak lebih sedikit daripada apa yang disangkakan jadi mengapa tidak mencuba. Setiap hidangan boleh dilakukan di waktu sarapan, rehat pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam.
Supaya tidak jemu pelbagaikan jenis hidangan dan ini memang digalakkan. Rujukan di sini dapat membantu dalam membuat penilaian jumlah pengambilan. Sebagai contoh :-
1. Satu potongan betik
2. Satu potongan jambu
3. Dua biji limau manis
4. Dua potongan nenas
5. Satu mangkuk sayur mentah
6. Dua biji tomato
7. Sebiji oren
8. Pisang kecil
9. Epal saiz sederhana
 
Sukatan adalah pelbagai namun penggunaan telapak tangan sebagai ukuran akan memudahkan membuat andaian.

p/s: hah! lepas ni bolehlah sama-sama kita amalkan, aku pon dah mula makan Oat.. beli yang instant je, tak perlu masak! (=

Sep 9, 2011

:> Orang Rendah Pendek Umur?

bahan ini diambil daripada majalah kesihatan "iSihat" untuk dikongsikan bersama.

" Hasil analisis data lebih dari tiga juta orang, para penyelidik dari Eropah membuat kesimpulan mereka yang memiliki struktur tubuh kecil (165.4cm - lelaki dan 153cm - perempuan) berisiko 1.5 kali lebih tinggi terkena serangan jantung dibanding dengan individu yang tinggi. ini kerana pembuluh darah yang menuju jantung lebih kecil menyebabkan lebih mudah tersumbat. "

Prof. Jaako Tuomilehto dari Universiti Helsinki, Finland  berpesan: " Dengan penemuan ini, individu yang berbadan kecil diharapkan lebih menjaga kesihatan dengan mempunyai berat badan ideal, menjalani gaya hidup yang sihat, bersenam dan berhenti merokok. "

Ajim Green kata: ajal maut adalah ketentuan ilahi.. itu hanya dari kajian yang telah dijalankan.. Kita sebagai hamba, perlu minta kepada-Nya supaya dikurniakan kesihatan sentiasa.. Ajal tidak kira rendah atau tinggi..  Jaga kesihatan sentiasa dan ingat orang yang tersayang. (=

Oct 22, 2010

:: Ubati Ulser Mulut ::

wat posting panjang² org malas baca..
confirm~ ;p pendek² sudah.
neh nk share pasal ulser mulut.

 bila kena rasa sakitnya boleh menyebabkan anda hilang selera makan..malahan sukar untuk bertutur. rasa nk domam pon ado. (:

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus(mcm kulat la).
Ulser boleh kena kt sesiapa sahaja tanpa mengenal peringkat umor. 
ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dll.

 
(ulser bibir)

kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor juga penyebab jadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh 1-2 minggu selepas mendapat rawatan.

so....
cara nak rawat die ::

1. bubuh garam! (: (cara tradisional)
Awas! cara ini amat menyakitkan.

2. kumur² dgn air garam @ cecair kumur² antibakteria

3. guna sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi.
 

4. banyakkan minum air suam
hah~ni jelah antara tips yang biasa saya buat. (: yang penting..dapatkan rehat yg cukup. jgn tensi2~ (:
selamat beramal..moga cepat semboh~

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top