Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Havard baru-baru ini mendapati sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak dua hingga tiga kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisi diet hampir 50,000 orang lelaki dan mendapati bahawa mereka yang memakan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya..
Jadi, tak perlulah teragak-agak lagi untuk makan brokoli..
Sumber: iSIHAT
0 tindakbalas kimia:
Post a Comment