Dec 5, 2011

Masalah Bau Kaki?

Sering kali menghadapi masalah bau kaki walaupon sudah memakai bedak bayi, pewangi kasut sehingga merimaskan malah memalukan? Jesteru itu, amalkan langkah dengan mengeringkan kaki secara sempurna termasuk di celah-celah jari selepas mandi. Elakkan sama sekali memakai kasut dengan kaki basah kerana akan memerangkap lembapan sehingga menyebabkan bakteria membiak dan menyebabkan kaki anda berbau. Selain itu, jangan memakai kasut yang sama selama dua hari berturut-turut. Tukarkan kasut anda dan biarkan Udara busuk itu keluar!~

Jadi, jika kita rasa kita jenis yang lambat bersiap eloklah mandi awal-awal sebelum hendak kemana-mana. Supaya kaki kita sempat kering dan dapat mengelakkan daripada kaki berbau. Dan lagi satu, peruntukanlah sedikit duit untuk membeli kasut yang ke-dua setidak-tidaknya... jika ada kemampuan yang lebih, bolehlah beli lebih dari sepasang. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk atau lebih berbelanja, demi untuk kesihatan kaki kita sendiri.

sumber: iSIHAT

0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top