Feb 17, 2011

:: satu batang rokok sahaja~ ::

Malam semalam, aku ada kelas Database dan Project Management.. kelas dari jam 7mlm sampai 11 mlm. dalam penat-penat dan mengantuk tu..lecturer tu pun open satu cerita. die ni orang berbangsa cina, banyak pengalaman hidup~ memang otai giler. pasal die ajar dua-dua subject skali~!! non-stop!!

jom aku nak kongsi dgn rakan-rakan pembaca semua cerita dia tu;

kisah die mula mcmni.. ada sekumpulan mat saleh ni.. nak pergi ke satu lokasi tapi tak tahu jalan..so diaorg pergilah ke perkampungan orang asli untuk dapatkan pertolongan. cakap punya cakap (confirm-confirm ada jurubahasa kan) orang asli tu pon bersetuju untuk tolong mat saleh tu.

org asli tu kata..nak sampai sana tak jauh~ cuma satu batang rokok sahaja~!

mat saleh tu terkejut~!! mana mungkin cuma satu batang rokok sahaja. tempat tu pasti jauh. lagi pon, perlu meredah hutan dan sungai.

org asli tu terus nyalakan rokoknya.. dan memulakan perjalanan.. tak lama kemudia...dia padamkan api rokok tu..dan~sampai di satu tempat, die nyalakan semula rokok tu..dan padamkan semula..

bergitulah dan seterusnya org asli itu lakukan..sehinggalah.. tiba dilokasi yang hendak dituju~satu batang rokok itu pon habis juga akhirnya~

mat saleh tu pon berkata ::
"tak jauhkan~? cuma SATU BATANG ROKOK SAHAJA~!! "



hahaha~!! XD

Sekian, terima kasih!

1 tindakbalas kimia:

Helwa TJ said...

hahahha...siyes... lawak dowk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top