Sep 15, 2011

Jangan Tidur Petang. Kenapa?

haa.. tidur petang adalah aktiviti yang paling BEST jika kemalasan, kepenatan melanda diri. kena pulak time hujan.. huuwaa~!! memang SYIOKlah! umpama macam satu nikmat dapat tidur petang-petang ni.. Tapi, orang kata.. dan dah selalu diingatkan.. pasal tidur petang ni.. mungkin kita akan rasa segar lepas bangun dari tidur tu.. tapi, ianya lebih membawa kepada perkara yang kurang baik berbanding perkara baik.

Kenapa Jangan Tidur Petang:

- Nanti malam pasti akan tidur lewat, maka bangun pagi pon akan lewat punca rasa macam kurang tidur dan badan merasa lesu dan tidak bermaya. bagaimana ingin mulakan hari-hari ceria dengan senyuman~?

- Confirm-confirm tidur lama punya.. maghrib memang langgar.. sedar-sedar dah masuk isyak. entah-entah, asar pon terbakar. Tak pasal-pasal dah miss solat, kan tak sodap bunyinya tu..so, sama-sama kita elakkan.

- Sedap-sedap tidur 4 ke 5 jam.. sedar-sedar dah malam.. ingatkan dah pagi, bangun-bangun mandi dan siap-siap nak ke sekolah/kerja/dll. Tiba-tiba macam malu sendiri, bila sedar salah waktu. haa~kan dah macam pening-pening lalat.

- Anda akan makan pada lewat malam, punca kepada kegemukan.. bila dah gemuk..sehat kah?

- Pasti akan mimpi pelik-pelik, berkahwin dengan musuh sendiri ke.. mimpi jadi superhero ke.. kan macam merepek bunyinya tuh.. sah-sah nih mainan Syaitan, nak suruh kita layan mimpi tu dan teruskan tidur..

- Bila kita terkejut dari tidur, (bukan dikejutkan ya) kita mula rasa nak naik angin dan rasa nak marah-marah. Jika budak kecik tu.. menangis-nangis time senja-senja tuh.. Haa~ tak pasal-pasal jadi bad mood. masam je muka.. cute ke~?

: haa, tu sahajalah contoh-contoh yang terlintas kat kepala aku kenapa jangan tidur petang.. memang banyak tak baik daripada baiknya. so, jika petang tu rasa penat + mengantok sangat.. kuatkan semangat sikit, sampai rumah terus mandi..kasi lama-lama sikit, syampoo rambut, gosok gigi, belek-belek muka depan cermin tu..confirm lepas tu mesti terasa segar sikit.. sedar tak sedar, dah masuk waktu maghrib..terus solat, pastu terus makan malam, layan berita jap, tau-tau da masuk isyak..terus solat.. Lepas tu, gasaklah nak tidur berapa jam pon. mesti segar punya badan pagi esok. (= Apa-apa pon, kena kuat semangatlah.

p/s: bila anda berjaga pada waktu malam, badan anda akan memerlukan air yang lebih. maka, air dalam badan akan cepat kering. (perlu minum air banyak-banyak, jika tidak..) ini salah satu punca kepada orang menjadi kurus. PLUS mata akan jadi macam PANDA yang comey!

mata panda ada eye bags
 



2 tindakbalas kimia:

Nani said...

betul, betul!

tghri la best tidur tapi dlm 10 minit ja yang dibolehkan...

rxsyid said...

. tapi kann ! time petang saja lahh kami student student nh dapat tido ! takkan nak tido dalam klass kod ! malam nak kene study !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top