Sep 13, 2011

:> Sudah Bersediakah aku?

haa.. ni pasal diri aku je.. saja nk kongsi. (: terima kasih kerana sudi membaca..

Semester baru master aku dah bermula.. setelah hampir 4bulan aku bercuti..kini masa untuk kembali menjadi pelajar semula.. cuti yang ada..aku telah manfaatkan dengan sebaik-baiknya..insya'allah. (=

sem baru..cabaran baru..semangat baru..huuuuu~!!!!!!!! bersemangat! haha~!! (dengan harapan semangat ini akan terus kekal hingga keakhir semester) semester ni..merupakan semester terakhir aku.. insya'allah.. (aku nak habis on-time!) ada kelas.. ada thesis.. within 4 month perlu siapkan semuanya! dalam menempuh hari-hari mendatang sebagai seorang pelajar.. saya tak tahu apa yang akan berlaku.. assignment menimbun-nimbun.. test.. quiz.. tu kira makanan rugi seorang pelajar.. (=  moga-moga semester aku kali ini akan dipermudahkan perjalanannya... AMIN!

urm..apa yang aku tak sedia ni..nak buat thesis.. aduhh! takde thesis ni..tak dapat nak grad on-time! cabaran dan dugaannaya sangat besar.. sekarang ni..aku perlu FOKUS kepada mood seorang pelajar... (haha~!! tah pape je ayat) urm..sebenarnya.. takde idea nak update. just apa yang aku rasa sekarang ni.. dah jam 2 pagi..still tak boleh tdo!

esok pagi jam 9 ada interview pulak... kena bangun pagi2~ confirm punya! moga-moga aku lepas interview tu untuk dapatkan Skim Khidmat Siswazah... adahlah sikit2 duit sara hidup bulanan untuk sepanjang aku belajar semester ini nanti.. (hah! aku merepek apakah ini)

kawan-kawan blogger mana yang sudi membaca sehingga keakhir kata saya... Terima Kasih banyak-banyak! ini sahaja mampu saya kata.. Sokongan anda semangat saya.

p/s: doakan kejayaan saya sepanjang semester akhir ini ya! thanks! "Semoga perjalanan pelajaran Mohd Hazim bin Abd Latif pada semester ini akan dipermudahkan Allah dan semoga Allah merahmati hidupku juga. insya'allah. amin! "

TaTa~!! L.O.V.E.!

0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top