Aug 16, 2011

:: Cinta Lokasi (CinLok)::

cinta~ apa itu cinta?? cinta itu boleh diumpamakan macam makan sambal belacan..walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan juga.. haa..aku suka pentafsiran cinta ni dalam cerita 'Lady Boss' walaupun bunyinya macam kelakar.. tapi..itulah cinta (sesama manusia) dalam bercinta ni..memang macam-macam hal yang akan kita tempuhi.. bak kata Jamal n Sarah duri ranjau dalam bercinta, lumrah dunia. Cinta boleh buat kita gembira..sedih..bahagia..kecewa..

" mandi tak basah..tidur tak lena..makan tak kenyang "

Tapi, cinta lokasi ni macam mana pulak kn~? jika kita faham maksud lokasi.. maksudnya tempat, kedudukan sesuatu benda/ kejadian.. jadi, cinta lokasi ni..cinta disesuatu tempat.. apa bezanya cinta yang biasa kita dengar dan cinta lokasi ni..huu~ dalam bercinta, kita akan mengharapkan sesuatu yang berkekalan..kebahagiaan..tapi.. cinta lokasi ni berbeza.. kerana:

cinta lokasi; 
♥ cinta   yang  boleh  terjadi  dimana-mana  dan  pada  bila-bila masa..
♥ cinta sementara tapi mampu buat kita happy dan teringat-ingat..
♥ boleh   buatkan   kita   lupa   pada   duka   lama   seketika..
♥ cinta yang bermula dan berakhirnya disitu juga..

contohnya;

dalam kekalutan mengejar masa..anda bergegas dan tergesa-gesa, lalu terlanggar seorang jejaka @ wanita.. dan abis semua barang-barang ditangannya bersepah.. maka, anda akan membantunya..lantas terpandang matanya.. Ohh~!! ayunyaaa!♥~ OHh~!! kacaknyaaa!♥~


musim-musim berayaan, ramai yang akan balik ke kampung menaiki bas..keretapi.. kita tidak tahu siapa disebelah kita..samada lelaki @ perempuan.. jika anda seorang lelaki, anda akan mengharapkan seorang gadis yang peramah duduk disebelah anda..dan jika anda seorang wanita..mungkin anda akan mengharapkan seorang jejaka yang segak dan tidak mencurigakan duduk disebelah anda.. maka, dalam situasi ini..orang disebelah kita itulah cinta lokasi disepanjang perjalanan kita ke destinasi dituju.. Keramahan tercipta..Kemesraan terukir..Senyuman silih berganti..bicara saling berkongsi..Hingga ke hujung destinasi ucapan salam dan selamat diberi.. tanda berakhirnya cinta lokasi.. mungkin berharap untuk berjumpa lain kali.. duduk bersendirian..tersenyum sendiri.. terkenang peristiwa cinta lokasi~ (=

Sekian..

0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top