May 8, 2011

:: cinta hingga hujung nyawa ::

wah~post ni..aku nak membebel panjang... aku nak berjiwang2 plk.. sesaje je..tak penah nk berjiwang kat blog ni.. mana yang geli nak baca tu.. ikutlah korang nak wat apa yang sesuai.. jgn kutuk aku macam AMIR maharaja lawak tu dah la.. >.< tiada paksaan. n_n untuk membaca. lain orang..lain pendiriannya.. ada orang segan nak bercinta di laman sosial ni.. tak kiralah.. Tweeter ke.. My Space ke.. Facebook ke.. Friendster ke..

aku tak kira.. nak berCINTA gak di blog ni. bukan apa.. aku tak penah buat.. kalini je rasa nak wat... takde apa aku nak malunya.. pasal ~ sempena hari ibu bapa seMalaysia.. so..aku mengambil kesempatan nak wish utk ibu ku tersayang.. noraizan.. dan abah ku tersayang.. abd latif.. semoga kalian sentiasa dikurniakan kesihatan sentiasa dan dipermurahkan rezeki oleh Allah.

abah ku..hero ku.. inspirasiku.. ibu ku.. heroin ku..semangatku.. tanpa diorg... bermaknakah aku di dunia ni~? jika nak cerita pasal jasa ibu n abh aku~ tak terkata.. tak terbalas.. Allah sahaja mampu mambalasnya.. aku sebagai anak.. tidak akan putus doa ku untuk mereka.. tidak akan luput ingatanku pada mereka..

bila mengenang semula bila aku kecik-kecik.. kerenahku.. kenakalanku.. boleh membuatkan aku menitiskan air mata... tidak pernah sekali pon mereka merasakan aku menyusahkan mereka.. penuh sabar mereka mendidikku.. memang pening kepala mereka aku wat.. mmg patut mereka mendidik aku macam tu.. >.< semuanya.. kerana sayang.. bila malam.. tanpaku sedar.. mereka duduk disampingku.. diusap2 rambutku.. dikucup dahiku.. (sayang sungguh mereka) T_T

dahulu~ masa kecik-kecik aku memang degil.. suka merayap dgn kawan-kawan.. lewat petang baru balik.. penah sekali..kaki aku kena ikat~ (huhu~!! padan muka nakal lagi~) selalu mereka nasihatku supaya belajar~ belajar~ belajar~ tapi..apa yang aku reti buat..hanya belakon belajar.. agak-agak.. jika rotan tu ada ditanda berapa kali kena libas.. aku punya calit paling banyak kot~ >.<

kini~aku dah besar.. peringkat awal dewasa.. apa yang aku mampu buat sekarang, dengar kata mereka.. ingat nasihat mereka.. lakukan apa yang diminta..  jaga hati mereka.. itu sahaja mampu aku buat.. layan mereka sebaik mungkin..sebagai mana mereka layan aku dari kecil..hingga aku mampu untuk berdikari. aku akui, dari segi akedemik.. jauh beza berbanding adik-beradik ku yang lain. tapi.. mereka turut sahaja kehendak ku.. untuk terus melanjutkan pelajaran.. (hah~!! sebak aku rasa..cukuplah setakat ni.. tak mampu nk teruskan)

akhir kata.. ini pesan ibu dan abah ku " anak-anak ibu abah semua sama.. masing-masing ada lebih dan kurangnya.. takde nak dibeza2kan.. semua sama sayang " jika ibu bapa kita mampu mengagihkan kasih sayang yang sama rata untuk kesemua anak-anaknya.. mengapa kita (adik-beradi) tidak~? untuk memberikan kasih sayang kita kepada hanya kepada dua insan ini sahaja. andai kekasih ditatang bagai minyak yang penuh.. inikan kedua ibu bapa kita.. yang tiada tolok tandingnya kasih sayang mereka.. andai hilang kawan-kawan didunia.. merekalah kawan yang paling akrab dgn kita.. andai hilang semangat.. merekalah pendorong kita.. andai dalam kesedihan.. merekalah tempat rintihan kita.. renung-renungkan..

selamat hari ibu bapa untuk semua ibu bapa di Malaysia~ salam~ n_n

0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top