May 8, 2011

:: keliru dengan diri sendiri ::

hidup didunia ini...
ada pelbagai pilihan...
pelbagai peluang...
pelbagai kerjaya..
pelbagai kehendak...
pelbagai calon pilihan...

disebabkan kepelbagaian ini.. sering membuatkan kita keliru.. mengapa kita keliru~? kerana tamak? inginkan kesemuanya? rasa layak untuk kesemuanya? kadang-kadang apa yang kita inginkan itu, akan menafikan hak orang, menindas orang. Tetapi.. kadang-kadang ianya ada kebaikan juga, mampu membantu, membuka peluang kepada yang lain.

disebabkan kepelbagaian ini.. haruslah kita menjadi insan yang bernas untuk membuat pilihan. sudah namanya pon pilihan.. kita harus membuat keputusan berdasarkan pertimbangan waras yang telah kita lakukan..
jangan sampai yang dikejar tak dapat..yang dikendong berciciran.. habis semua melepas. Kita ingat Allah sentiasa.. PASTI Allah ingat kita..(allah tidak pernah melupakan hamba-hambaNya) kita minta pada Allah.. PASTI Allah akan kurniakan permintaan kita..

ibu aku ada pesan.. " bila membuat pilihan . . .  pasti ada pengorbanan . . .  berdoa pada Allah, minta petunjuk dariNya . . . "

0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top