Jul 23, 2011

:: PC Expo 2011 PWTC 2 ::

Salam semua~ semalam aku dah pergi jenguk-jenguk suasana di PC Expo tu.. ni pendapat aku ye.. mana tak kena tuh~ maaflah awal-awal~ (: urm..memandangkan aku pergi pada hari pertama Expo tu.. mungkin org masih tak ramai..jadi~aku boleh berjalan dengan lenggangnya..rasa-rasanya.. jika nak wat lompat bintang atau main tali skipping pon bolehlah.. huhu~!!

seterusnya..booth yang dibuka pon tak banyak.. sebab apa tak banyak~? kena tanya organizer dia lah.. nak kata ruang tak ada.. aku rasa masih byk lagi tempat nak letak booth tuh..mungkin organizer ada sebab-sebabnya tertentu..nak bagi lebih ruang untuk org berjalan ke..ruang nak duk lepak bersila ke..

lagi...masuk-masuk sahaja pintu utama dewan PC Expo tu.. anda akan disambut dengan beberapa kedai handphone..jalan tiga, empat langkah..adalah sikit kedai yang menjual laptop..netbook..tablet pc.. (bunyi macam hambar je kan~?) pape pon..aku teruskan lagi perjalanan..ruang kali ni..nampak macam menarik..sebab dah masuk ke peak region (aku rasa ruang ni nanti mesti akan sesak) kat ruang ni..adalah jual macam-macam sikit.. device GPS.. kamera digital.. kamera DSLR.. printer.. network (wireless modem router).. projector.. booth jual antivirus.. external hardisk.. urm~ adalah lagi booth yang lain..aku pon tak ingat sangat..huu~ = =" dan region yang paling sibuk adalah bahagian last..sebelum keluar dari dewan tu.. bahagian ni..die promote perkhidmatan internet~ (celcom, digi, maxis, unifi, wimax) "abang, abang sudah ada pakai internet ka belum?" , "okey, hari ini kita ada promotion harga runtuh punya abang.. abang duduk mana~?" huu~ macam-macam lagilah diolog diorg tuh~ = =" kat sini..org die sahaja dah ramai..belum masuk dgn para pengunjung lagi tuh.. memang eloklah die letak hampir dgn pintu keluar tuh.. huhu~!! agak-agak tak nak..terus keluar jer~ hee... n_n

apa lagi aku nak taip...urm~ haa! pada aku..PC Expo ni.. banyak booth yang menjual Kamera..Laptop..GPS navigator device dan perkhidmatan internet..benda lain tu ada jugaklah..tapi ni yang aku nampak pada mata kepala aku sendirilah... Anywhere~ thanks to EM Exhibitions (M) Sdn Bhd (event master) sebab dah berjaya buat event macam ni..setidak-tidaknya..org mcm aku ni..ada gak tempat nak g jalan-jalan..dapat juga aku beli barang yang selama ini aku cari kat LowYatt takde.. tapi, di PC Expo ni ada..(Panda Internet Security) huhu~ Congratulation!

p/s:: agak-agaknya..nak ke PWTC tu..sesak tak~? ada parking tak~? so..fikir-fikirkan sendiri nak ke sana menaiki apa~ motor~? mungkin pengankutan awam (KTM Komuter - hentian Putra) adalah pilihan yang bijak~! (:

Sekian.

0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top