Jul 19, 2011

:: DuaPuluhDuaHariCikgu ::

BANGUN SEMUA~!! 
ASSALAMUALAIKUM CIKGU~!!
SELAMAT SEJAHTERA CIKGU~!!

hah~ kebiasaannya akan diucapkan ketika cikgu masuk..dan sebelum pembelajaran bermula~ (:
ucapan inilah yang selalu terniang2 ditelingaku..sejak dari tarikh itu...

18hbMei2011 - adalah hari pertama aku mengajar di SMK Seri Kundang.. memang seribu satu kenangan yang lahir dari sana.. pada mulanya.. memang agak kekok.. tidak biasa.. tapi~lama kelamaan.. menjadi kebiasaan juga..
orang kata..tak kenal maka tak cinta..tak kenal maka tak mesra..

aku cerita serba ringkas jelah ya sepanjang aku menjadi cikgu..

hari pertama aku dimulakan dengan menjaga peperiksaan..dan berterusan selama satu minggu.. masih tiada mengajar~ ngam-ngam je abis peperiksaan..terus cuti tengah tahun..dua minggu pulak cutinya..jadi~ memang takde mengajar lagi lah kan.. so..naik cuti ni la..baru lah aku nak mengenali pelajar-pelajar aku semua.. dan mula untuk mengajar~

kesemua sekali aku ada lapan kelas yang perlu diajar.. lapan je..tak banyak~ (: kelas tingkatan satu lima kelas dan kelas tingkatan dua, tiga kelas~ (: aku bersyukur sangat-sangat..kerana..subjek yang aku mengajar ni..adalah antara subjek yang aku suka juga.. matamatik, pendidikan seni visual dan ictl (subjek komputer) so far, sepanjang tempoh aku mengajar mereka.. alhamdulillah.. aku seronok dengan hari-hari yang mendatang..

selalunya orang kata..bila sudah tiba hari kemuncak..lepaskanlah apa-apa jawatan yang kamu ada...kerana..pada hari itulah kamu akan diingati.. tapi, pada aku..dalam tempoh itu..keseronokan mengajar..baru sahaja wujud..aku pon baru sahaja makin mengingati hampir kesemua nama pelajar yang aku mengajar..belum sempat merasa hari kemuncak yang sebenarnya.. aku terpaksa melepaskan jawatan itu pada tarikh yang lebih awal.. dalam tempoh itu, aktiviti yang aku dapat turut bersama "hari karnival sekolah 2011" , "sambutan mengingati peristiwa israq dan mikraj" (merasa jadi juruacara) , "latihan rumah sukan" dan "hari koperasi sekolah"

walaupon aku hanya diberikan selama tempoh itu..aku sangat-sangat bersyukur kerana pengalaman dan kenangan ini amat-amat berharga buat aku..dan die sangat memberi kesan dalam hidup aku..insya'allah~

tanggal 30hbJun2011 - merupakan hari terakhir aku mengajar di sekolah itu..dan pada pukul satu sepuluh minit petang merupakan kali terakhir aku mendengar pelajar mengucapkan . . .

"TERIMA KASIH CIKGU~!!"

sempat juga..pada hari tersebut..aku diraikan oleh pelajar tingkatan 1Bestari..mereka meraikan 'hari perpisahan aku'... dan mendapat beberapa buahtangan/hadiah/kenangan daripada pelajar-pelajarku yang lain.. Thank You Guys for DuaPuluhDuaHariCikgu ! love you all~<3

sekian,

0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top