Sep 27, 2010

:: Muzikal Tun Mahathir ::

~kali ni nak share pasal~
Muzikal Tun Mahathir



Produksi              : Istana Budaya, CTRA Production & Persatuan 
                             Penulis Wanita Malaysia (PPWM)
Kategori               : Teater
Tempat                : Panggung Sari, Istana Budaya  <~ Click to view map
Tarikh                  : 24 September – 4 Oktober 2010
Masa                    : 3.00 petang (25 September, 2 & 3 Oktober
                              8.30 malam (24 September - 4 Oktober 2010)

Sinopsis               :
                    Menceritakan bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpin yang ulung. Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun. Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surut juga ditampilkan. Begitu juga tentang dilema dan kejayaan yang digapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakukan oleh Tun Mahathir sendiri.

Tenaga Produksi              :
Penerbit                                              : Siti Rohayah Attan
Pengarah                                             : Rosminah Mohd Tahir
Penulis Skrip                                       : Ismail Kassan, Rosminah Mohd Tahir
Pengarah Muzik/ Pencipta Lagu             : Datuk Suhaimi Mohd Zain


Pelakon                : Esma Daniel, Zizan Nin, Erra Fazira, Datuk Jalaludin Hassan, Erma Fatimah, Mohd Shafieq Shazwan, Ako Mustapha, Zaibo.

Tiket                      : RM32, RM52, RM82, RM102 & RM152

Tempahan/Pembelian Online  : www.ticket2u.biz
Hotline : 03-41498600
 
Tempahan/Maklumat Lanjut  : Box Office, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala LumpurTel : 03-40265558

Teater
Kemas, sopan dan bersesuaian.

Tidak Dibenarkan Memakai
Seluar jeans yang lusuh/koyak, kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar.

Peringatan Penting
Penyambut tetamu Istana Budaya berhak menghalang sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut daripada menonton persembahan. Program yang dijadualkan bakal berubah tanpa notis awal.
  • Tiket yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar.
  • Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula. 
  • Penonton yang lewat akan dibawa ke bilik menunggu sebelum dibenarkan masuk ke auditorium pada masa yang sesuai. 
  • Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium kecuali bagi produksi khusus untuk kanak-kanak. 
  • Hanya bagi persembahan matinee sahaja, kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan masuk dengan syarat ditemani oleh orang dewasa. Bayaran akan dikenakan untuk menonton. 
  • Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk tanpa kebenaran Pengurusan Istana Budaya. 
  • Telefon bimbit dan alat kelui hendaklah dimatikan sewaktu memasuki auditorium. 
  • Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam auditorium adalah tidak dibenarkan sama sekali. 
  • Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga. Istana Budaya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barangan tersebut.

Penonton Yang Terlewat
Semua persembahan akan dimulakan tepat pada waktu yang dijalankan. Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehinggalah tibanya waktu yang bersesuaian. Kakitangan kami akan membawa mereka yang lewat ke tempat duduk.

p/s :: maklumat adalah benar semasa process Copy n Paste daripada laman sesawang " Portal Rasmi Istana Budaya "

0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top