Showing posts with label suka2. Show all posts
Showing posts with label suka2. Show all posts

Dec 31, 2011

Hari Terakhir 2011

semua orang tahu..hrni adalah hari terakhir utk tahun 2011.. Jk ikotkan buat2 biasa jelah kn.xde smting special pn..tapi, zaman sekarang asal masuk tahun baru mesti akan sambut dgn kawan2~ family~ nk enjoy sambut kedatangan tahun baru.. Pada aku lah kn.. Setiap Hari adalah Hari Baru..Setiap hari bersemangat baru.. ada matlamat baru.. dan setiap hari kita raikan dgn keceriaan.. xperlulah nk tggu tahun baru..utk dptkan semangat baru. n__n okey...memandangkn hrni hari terakhir 2011..apa aktiviti menarik yang best nk buat~?? Malam nnt...aku nk tgk bola je kt TV... siang2 ni...enjoy dgn buat assignment~!! Huu....seronok! n__n. kongsilah apa aktiviti anda hrni..

Published with Blogger-droid v2.0.2

Oct 20, 2011

. otak kosong

fuhh~!! Fuhh~!! Haaaa...chooow~!! Huh~!! Ginilah jdnya bila benda yang dh lama ditinggalkan... berhabok2~ urm...kna kemas2 sikit..haish~ lma btl xjenguk2. Kesian kt blog aku ni.. huu~ next time update baru.. ni dtg nk bersihkan habuk je... okey~ tata!!~
Published with Blogger-droid v1.7.1

Aug 24, 2011

:> Social NOTworking

Social NOTworking?? pelik tak bunyinya.. biasanya Social NETworking kan~? haa..bukan apa.. ni ada terjumpa satu lawak pasal Facebook,

" Annoying Facebook Sidebar " 
 jom kita layan~ C=


haa..ni lah al-kisahnya.. konon2 nak buat boleh view off-line friends.. tapi, menyusahkan je yang banyak.. biasalah.. sebagai manusai, kita susah untuk menerima perubahan dan bembaharuan bila kita sudah berada di 
ZON Selesa~ C=


Entri bawah ini best jugak:

Aug 22, 2011

:> Sit motor terbaik

haa..kepada rider² motor diluar sana..sesiapa yang suka travel jauh-jauh naik moto..pasni, bolehlah try pakai sit neh..memang berbaik! confirm selesa dan relex~ C=

 

Pergh~!! apa macam!? ada CLASS tak~? hahahaha!! XD 
confirm tiada lagi masalah bontot kebas dan sakit pinggang~ C=

Entri bawah ini best jugak:


Aug 16, 2011

:: Cinta Lokasi (CinLok)::

cinta~ apa itu cinta?? cinta itu boleh diumpamakan macam makan sambal belacan..walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan juga.. haa..aku suka pentafsiran cinta ni dalam cerita 'Lady Boss' walaupun bunyinya macam kelakar.. tapi..itulah cinta (sesama manusia) dalam bercinta ni..memang macam-macam hal yang akan kita tempuhi.. bak kata Jamal n Sarah duri ranjau dalam bercinta, lumrah dunia. Cinta boleh buat kita gembira..sedih..bahagia..kecewa..

" mandi tak basah..tidur tak lena..makan tak kenyang "

Tapi, cinta lokasi ni macam mana pulak kn~? jika kita faham maksud lokasi.. maksudnya tempat, kedudukan sesuatu benda/ kejadian.. jadi, cinta lokasi ni..cinta disesuatu tempat.. apa bezanya cinta yang biasa kita dengar dan cinta lokasi ni..huu~ dalam bercinta, kita akan mengharapkan sesuatu yang berkekalan..kebahagiaan..tapi.. cinta lokasi ni berbeza.. kerana:

cinta lokasi; 
♥ cinta   yang  boleh  terjadi  dimana-mana  dan  pada  bila-bila masa..
♥ cinta sementara tapi mampu buat kita happy dan teringat-ingat..
♥ boleh   buatkan   kita   lupa   pada   duka   lama   seketika..
♥ cinta yang bermula dan berakhirnya disitu juga..

contohnya;

dalam kekalutan mengejar masa..anda bergegas dan tergesa-gesa, lalu terlanggar seorang jejaka @ wanita.. dan abis semua barang-barang ditangannya bersepah.. maka, anda akan membantunya..lantas terpandang matanya.. Ohh~!! ayunyaaa!♥~ OHh~!! kacaknyaaa!♥~


musim-musim berayaan, ramai yang akan balik ke kampung menaiki bas..keretapi.. kita tidak tahu siapa disebelah kita..samada lelaki @ perempuan.. jika anda seorang lelaki, anda akan mengharapkan seorang gadis yang peramah duduk disebelah anda..dan jika anda seorang wanita..mungkin anda akan mengharapkan seorang jejaka yang segak dan tidak mencurigakan duduk disebelah anda.. maka, dalam situasi ini..orang disebelah kita itulah cinta lokasi disepanjang perjalanan kita ke destinasi dituju.. Keramahan tercipta..Kemesraan terukir..Senyuman silih berganti..bicara saling berkongsi..Hingga ke hujung destinasi ucapan salam dan selamat diberi.. tanda berakhirnya cinta lokasi.. mungkin berharap untuk berjumpa lain kali.. duduk bersendirian..tersenyum sendiri.. terkenang peristiwa cinta lokasi~ (=

Sekian..

Aug 10, 2011

:: so you think you can dance :: [versi bola]

hah~?! pemain bola pon menari~? boleh menari~? kayu tak kayu..yang penting..boleh(!) ni masa game Malaysia vs Singapore untuk kelayakan piala dunia. gambar ihsan daripada rakan facebook group ArsenalSampaiMati (ASM)

 

Sekian.
p/s:: tah macam manalahkan aksi ni boleh terjadi..sememangnya spontan dan bersahaja~ C=

:: Windows XP vs Vista ::

katun ni boleh dikatakan perumpamaan kita meng'upgrade'kan windows XP yang kita biasa guna kepada windows vista. message yang hendak dinyatakan dalam katun ini sangat jelas dan mampu untuk difahami..perbezaan antara XP dan Vista.. harap-harap kawan-kawan pon faham 'message'nya ya~ (:


Sekian.

p/s:: rasa²nya, sekarang ni ada lagi ke orang yang menggunakn windows vista sebagai OS PC atau laptop mereka~? lebih baik guna windows XP. UP sikit..guna windows 7.. windows 8 (!) pon dah ada sekarang nih~ C=

Jul 23, 2011

:: haiwan peliharaanku~ ::

salam semua, haa~kali ni aku nk share pasal haiwan peliharaan aku.. apa yang menarik sangat haiwan peliharaan aku ni..sampai aku nak share ceritakan~? huhu~ pada aku...nilai istimewa seseekor haiwan peliharaan tu..terletak pada diri kita sendiri.. berapa akrab haiwan itu dengan kita.. kadang-kadang kita rasakan seperti haiwan tu paham apa yang kita cakapkan... kita panggil~ die sahut.. kita marah~ die wat muka sedih.. sampai kita sendiri kata "atotototo~ cutenyeww~"  [sambil buat muka geram >.< ] huhu~

jika dulu..family aku selalu bela kucing..memang dah banyaklah kucing yang penah dibelanya.. sampai aku penah sekali..bela [Si Puteh] dalam bilik masa masih menginap di kolej Universiti. haa~ punyalah suka kucingkan~ haiwan peliharaan ni..biasanya akan jadi BFF kita;dikala kita sedih..dia teman bual bicara kita.. dikala kita keseorangan dia pemecah kesunyian kita.. dikala kita gembira..dgn dia kita kongsikan kegembiraan..

haa~bestkan ada haiwan peliharaan ni~ (: sekarang, family aku ada bela tiga jenis haiwan peliharaan; iaitu.. kucing, hamster dan ikan. kucing dengan gelagatnya.. hamster dengan comelnya.. ikan dengan bebas berenang dalam balang kaca. Apa yang membuatkan aku nak kongsi cerita ni.. bila aku terfikir.. "ikan cute ke~?" huhu~!!

 
kucingku 'neo' - dengan aksi duduknya yang bersahaja.
Dia ni dah 4 tahun umurnya, besar mcm Garfield.

 
hamsterku 'kiko' - dengan aksi minum air yang cute.
Dia ni, tak tahu umur..sbb jumpa kat kaki lima shop lot.

 
ikanku - 'the guardian'
Haa~!..tang mana eh keCOMELan ikan neh.. 
puas aku tatap die.. tak jumpa juga.. 
huhu~ kawan² ada idea~?

p/s:: ikan korung comel tak~? mehlah share~ (:

Sekian.

Jul 22, 2011

:: PC Expo 2011 PWTC ::

Salam semua.. hari ini 22 Jun 2011, nampaknya PC Expo datang kembali pada tahun 2011 ke Kuala Lumpur.. kepada pencinta ICT..bolehlah berkunjung ke PWTC.. PC Expo ni bermula dari 22Jun2011 sehingga 24Jun2011.. urm~ PC Expo n PC Fair ni.. aku rasa beh kurang je.. cuma nama dan event organizer sahaja yang berbeza.. tanpa cerita panjang lebar..aku sharekan banner nih.. Tengok skali terus paham.

 
PC Expo it's my choice

MOH kita ke sana, aku pon nak siap-siap dah ni..nak ke PC Expo 2011 @ PWTC.
Jumpa di Sana ya~!!

Sekian..

May 10, 2011

:: panas~ panas~ ::

hah~!! Apa berita yg panas sgtni.. berita panas..berita hangat..berita sensasi.. itu suma xcukup panas..ni lagi panas dari tu.. panas ati~?? huhu... xdelah. panas engine~?? Mungkin... tp...aku nk ckp ni pasal panas matahari.. 2,3hari ni..mmg panas..hangat.. puncanya daripada angin ribut tropika Aere yang datang meniup dari filipina ke Malaysia.. sbb tu la..kebanyakan status org di FB sejak dua menjak ni.. " panas~ panas~ " suhu minimum mencecah 36darjah celcius..wah~ dah mcm suhu normal manusia... agak2nya.. berapalahkn suhu maximumnya... wuuuu~ berpeluh~ u_u
Published with Blogger-droid v1.6.8

May 8, 2011

:: cinta hingga hujung nyawa ::

wah~post ni..aku nak membebel panjang... aku nak berjiwang2 plk.. sesaje je..tak penah nk berjiwang kat blog ni.. mana yang geli nak baca tu.. ikutlah korang nak wat apa yang sesuai.. jgn kutuk aku macam AMIR maharaja lawak tu dah la.. >.< tiada paksaan. n_n untuk membaca. lain orang..lain pendiriannya.. ada orang segan nak bercinta di laman sosial ni.. tak kiralah.. Tweeter ke.. My Space ke.. Facebook ke.. Friendster ke..

aku tak kira.. nak berCINTA gak di blog ni. bukan apa.. aku tak penah buat.. kalini je rasa nak wat... takde apa aku nak malunya.. pasal ~ sempena hari ibu bapa seMalaysia.. so..aku mengambil kesempatan nak wish utk ibu ku tersayang.. noraizan.. dan abah ku tersayang.. abd latif.. semoga kalian sentiasa dikurniakan kesihatan sentiasa dan dipermurahkan rezeki oleh Allah.

abah ku..hero ku.. inspirasiku.. ibu ku.. heroin ku..semangatku.. tanpa diorg... bermaknakah aku di dunia ni~? jika nak cerita pasal jasa ibu n abh aku~ tak terkata.. tak terbalas.. Allah sahaja mampu mambalasnya.. aku sebagai anak.. tidak akan putus doa ku untuk mereka.. tidak akan luput ingatanku pada mereka..

bila mengenang semula bila aku kecik-kecik.. kerenahku.. kenakalanku.. boleh membuatkan aku menitiskan air mata... tidak pernah sekali pon mereka merasakan aku menyusahkan mereka.. penuh sabar mereka mendidikku.. memang pening kepala mereka aku wat.. mmg patut mereka mendidik aku macam tu.. >.< semuanya.. kerana sayang.. bila malam.. tanpaku sedar.. mereka duduk disampingku.. diusap2 rambutku.. dikucup dahiku.. (sayang sungguh mereka) T_T

dahulu~ masa kecik-kecik aku memang degil.. suka merayap dgn kawan-kawan.. lewat petang baru balik.. penah sekali..kaki aku kena ikat~ (huhu~!! padan muka nakal lagi~) selalu mereka nasihatku supaya belajar~ belajar~ belajar~ tapi..apa yang aku reti buat..hanya belakon belajar.. agak-agak.. jika rotan tu ada ditanda berapa kali kena libas.. aku punya calit paling banyak kot~ >.<

kini~aku dah besar.. peringkat awal dewasa.. apa yang aku mampu buat sekarang, dengar kata mereka.. ingat nasihat mereka.. lakukan apa yang diminta..  jaga hati mereka.. itu sahaja mampu aku buat.. layan mereka sebaik mungkin..sebagai mana mereka layan aku dari kecil..hingga aku mampu untuk berdikari. aku akui, dari segi akedemik.. jauh beza berbanding adik-beradik ku yang lain. tapi.. mereka turut sahaja kehendak ku.. untuk terus melanjutkan pelajaran.. (hah~!! sebak aku rasa..cukuplah setakat ni.. tak mampu nk teruskan)

akhir kata.. ini pesan ibu dan abah ku " anak-anak ibu abah semua sama.. masing-masing ada lebih dan kurangnya.. takde nak dibeza2kan.. semua sama sayang " jika ibu bapa kita mampu mengagihkan kasih sayang yang sama rata untuk kesemua anak-anaknya.. mengapa kita (adik-beradi) tidak~? untuk memberikan kasih sayang kita kepada hanya kepada dua insan ini sahaja. andai kekasih ditatang bagai minyak yang penuh.. inikan kedua ibu bapa kita.. yang tiada tolok tandingnya kasih sayang mereka.. andai hilang kawan-kawan didunia.. merekalah kawan yang paling akrab dgn kita.. andai hilang semangat.. merekalah pendorong kita.. andai dalam kesedihan.. merekalah tempat rintihan kita.. renung-renungkan..

selamat hari ibu bapa untuk semua ibu bapa di Malaysia~ salam~ n_n

May 2, 2011

:: hari bekerja atau hari bercuti~? ::

rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan "selamat hari pekerja" untuk semua warga malaysia yang bekerja.. terutamanya untuk pembaca blog saya. huhu~!! n_n
hari pekerja ni..akan jatuh pada 1 mei setiap tahun.. jadi..semua org yang bekerja nk cuti pada hari tersebut. sapa yang tak suka cutikan... >.<

tapi... semalam (ahad, 1 mei 2011) aku tgk... tak macam hari pekerja da.. suma org tak cuti pon.. sibuknya macam biasa ja... agak-agaknya, penah tak kawan-kawan terfikir..apa akan jadi...bila semua org CUTI pada hari tersebut. satu perniagaan pon tidak beroperasi.. contoh ye.. nk g menonton wayang? tiada! CUTI~!! nak g makan diluar? tiada! CUTI~!! nak g shopping? tiada! CUTI~!! haa.. dan byk lagilah.. agak-agak penah tak terfikir macam tu~? huhu!! bermaknakah cuti korang pada hari itu~? huhu~!! kena stay di rumah je..layan astro..layan internet..layan haiwan peliharaan..sbb nak g mana-mana suma CUTI~ huhu~!! saje je nk kongsi apa yang saya terfikir~ ^_^ anywhere.. wish me luck for my final exam. thanks~!! n_n ada lagi dua paper saja lagi~

Apr 24, 2011

:: hutang-hutang-hutang ::

da duit RM1500 sajaha..mahu taknya~ huish~!! byknya hutang.. hutang tui benda apa~? Sedap ke~?? Byk sgt org berhutang ni.. hutang ni terjadi..bila berlakunya transaksi meminjam. tak kiralah dlm bentuk apa.. hutang darah~?? Akn ku bayar secara ansuran bulanan. Huhu~!! ;p

hidup pada zaman sekarang ni..tak boleh lari dari hutang.. nk beli kereta cash~?? rumah cash~?? jk mampu pon..xkn buatnya. nnt LHDN cari. So..buat gak pinjamam bank..wlpn xbyk. kna gak berhutang dgn bank.

ank muda zaman sekarang pn da berhutang..blaja tak tamat lagi..hutang da berpuluh2 ribu~ Dahsyat gilerr~~ mana taknya..wit pinjamam ptptn. tak nk bayar..sy syorkan anda belajar pandai2 dptkn 1st class..blh dptkan pengecualian.

beli kereta berhutang..beli umah berhutang..beli perabot berhutang..macam-macam lagi lah berhutang. bila dah tak mampu nak bayar.. mulalah datang dari pihak bank..pihak 'along' untuk lelong rumah..nak tarik kereta..nak amik semula perabot.. haish.. masib hidup zaman berhutang.

zaman skrg ni kawin pon dah boleh wat loan kawin kan.. bila nnt suami tak mampu bayar..agak2nya isteri kena tarik dgn pihak bank tak~?? ;p


Published with Blogger-droid v1.6.8

Apr 21, 2011

:: RM 1500 sahaja ::

inginkn pendapatan bulanan rm1500~? masa bekerja flexible, tiada waktu minimum bekerja. tiada modal diperlukan. anda berminat sila hubungi 01x-566 xxxx.

bykkan tgk iklan mcmni kt mna2.. Tiang lampu..pondok telefon awam..merata lagilah iklan mcmni.. wAa..kerja mudah..gaji rm1500 sebulan byk tu.

aku nk share ni bukan pasal kerja..tapi pasal duit tu. ini cerita 1hari bila dapat gaji. benda pertama tolak... wit kereta rm500. bil HP rm50 (habis jimat) wit sewa umah rm150. bil broadband rm58. Hutang ptptn rm100. Wit ASB rm110. haa~!! Jumlah ni saje da rm968. Blm tolak wit mkn bulan2..wit minyak kenderaan bulanan.. bli brg2 lain lagi.. agaknya..brapalah boleh nk simpankn..

agak2~ jk blm kahwin lagi.mcmne nk kumpul wit nk kawin..sian pasangan kna tggu lama2.. Lagilah wit hantaran..untuk kenduri..bkn sikit2..perlukn puluh2 ribu..berpeluh nk simpan tu. sudahnya.. wat personal loan~ dptlah nk kawin... (kawin berhutang tu~). Jadi..byk ke rm1500 tu?
Published with Blogger-droid v1.6.8
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top