Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Jul 23, 2011

:: haiwan peliharaanku~ ::

salam semua, haa~kali ni aku nk share pasal haiwan peliharaan aku.. apa yang menarik sangat haiwan peliharaan aku ni..sampai aku nak share ceritakan~? huhu~ pada aku...nilai istimewa seseekor haiwan peliharaan tu..terletak pada diri kita sendiri.. berapa akrab haiwan itu dengan kita.. kadang-kadang kita rasakan seperti haiwan tu paham apa yang kita cakapkan... kita panggil~ die sahut.. kita marah~ die wat muka sedih.. sampai kita sendiri kata "atotototo~ cutenyeww~"  [sambil buat muka geram >.< ] huhu~

jika dulu..family aku selalu bela kucing..memang dah banyaklah kucing yang penah dibelanya.. sampai aku penah sekali..bela [Si Puteh] dalam bilik masa masih menginap di kolej Universiti. haa~ punyalah suka kucingkan~ haiwan peliharaan ni..biasanya akan jadi BFF kita;dikala kita sedih..dia teman bual bicara kita.. dikala kita keseorangan dia pemecah kesunyian kita.. dikala kita gembira..dgn dia kita kongsikan kegembiraan..

haa~bestkan ada haiwan peliharaan ni~ (: sekarang, family aku ada bela tiga jenis haiwan peliharaan; iaitu.. kucing, hamster dan ikan. kucing dengan gelagatnya.. hamster dengan comelnya.. ikan dengan bebas berenang dalam balang kaca. Apa yang membuatkan aku nak kongsi cerita ni.. bila aku terfikir.. "ikan cute ke~?" huhu~!!

 
kucingku 'neo' - dengan aksi duduknya yang bersahaja.
Dia ni dah 4 tahun umurnya, besar mcm Garfield.

 
hamsterku 'kiko' - dengan aksi minum air yang cute.
Dia ni, tak tahu umur..sbb jumpa kat kaki lima shop lot.

 
ikanku - 'the guardian'
Haa~!..tang mana eh keCOMELan ikan neh.. 
puas aku tatap die.. tak jumpa juga.. 
huhu~ kawan² ada idea~?

p/s:: ikan korung comel tak~? mehlah share~ (:

Sekian.

Jul 19, 2011

:: DuaPuluhDuaHariCikgu ::

BANGUN SEMUA~!! 
ASSALAMUALAIKUM CIKGU~!!
SELAMAT SEJAHTERA CIKGU~!!

hah~ kebiasaannya akan diucapkan ketika cikgu masuk..dan sebelum pembelajaran bermula~ (:
ucapan inilah yang selalu terniang2 ditelingaku..sejak dari tarikh itu...

18hbMei2011 - adalah hari pertama aku mengajar di SMK Seri Kundang.. memang seribu satu kenangan yang lahir dari sana.. pada mulanya.. memang agak kekok.. tidak biasa.. tapi~lama kelamaan.. menjadi kebiasaan juga..
orang kata..tak kenal maka tak cinta..tak kenal maka tak mesra..

aku cerita serba ringkas jelah ya sepanjang aku menjadi cikgu..

hari pertama aku dimulakan dengan menjaga peperiksaan..dan berterusan selama satu minggu.. masih tiada mengajar~ ngam-ngam je abis peperiksaan..terus cuti tengah tahun..dua minggu pulak cutinya..jadi~ memang takde mengajar lagi lah kan.. so..naik cuti ni la..baru lah aku nak mengenali pelajar-pelajar aku semua.. dan mula untuk mengajar~

kesemua sekali aku ada lapan kelas yang perlu diajar.. lapan je..tak banyak~ (: kelas tingkatan satu lima kelas dan kelas tingkatan dua, tiga kelas~ (: aku bersyukur sangat-sangat..kerana..subjek yang aku mengajar ni..adalah antara subjek yang aku suka juga.. matamatik, pendidikan seni visual dan ictl (subjek komputer) so far, sepanjang tempoh aku mengajar mereka.. alhamdulillah.. aku seronok dengan hari-hari yang mendatang..

selalunya orang kata..bila sudah tiba hari kemuncak..lepaskanlah apa-apa jawatan yang kamu ada...kerana..pada hari itulah kamu akan diingati.. tapi, pada aku..dalam tempoh itu..keseronokan mengajar..baru sahaja wujud..aku pon baru sahaja makin mengingati hampir kesemua nama pelajar yang aku mengajar..belum sempat merasa hari kemuncak yang sebenarnya.. aku terpaksa melepaskan jawatan itu pada tarikh yang lebih awal.. dalam tempoh itu, aktiviti yang aku dapat turut bersama "hari karnival sekolah 2011" , "sambutan mengingati peristiwa israq dan mikraj" (merasa jadi juruacara) , "latihan rumah sukan" dan "hari koperasi sekolah"

walaupon aku hanya diberikan selama tempoh itu..aku sangat-sangat bersyukur kerana pengalaman dan kenangan ini amat-amat berharga buat aku..dan die sangat memberi kesan dalam hidup aku..insya'allah~

tanggal 30hbJun2011 - merupakan hari terakhir aku mengajar di sekolah itu..dan pada pukul satu sepuluh minit petang merupakan kali terakhir aku mendengar pelajar mengucapkan . . .

"TERIMA KASIH CIKGU~!!"

sempat juga..pada hari tersebut..aku diraikan oleh pelajar tingkatan 1Bestari..mereka meraikan 'hari perpisahan aku'... dan mendapat beberapa buahtangan/hadiah/kenangan daripada pelajar-pelajarku yang lain.. Thank You Guys for DuaPuluhDuaHariCikgu ! love you all~<3

sekian,

Jul 3, 2011

:: betul-betul menyentuh ingatan silam ::

salam semua~ hah!! agak2 apalah yang aku nk share kalini kan.. fuh~ jk sebelum ni aku cerita pasal aku jadi cikgu.. tak lama nanti.. peristiwa yang bakal meninggalkan kesan ke dalam hidup aku bakal menjelma.. sebelum nak toching2~ aku nak hepi2 dulu.. kebiasaannya antara bulan 5 ke bulan 6 ni.. pasti akan ada "karnival jualan" disekolah kan.. mesti tak miss punyalah aktiviti ni dalam takwin persekolahan.. ada yang panggil "hari kantin sekolah" tak kesahlahkan..apa pon panggilannya.. yang penting maksudnya tercapai...

Tanggal 25hb Jun 2011. sekolah SMK Seri Kundang telah pon berjaya menjayakan satu lagi aktiviti yang ada dalam takwin sekolah "Hari Karnival Ko-Korikulum" masa ni..semua guru-guru~ pelajar~ kakitangan sekolah~ semuanya berniaga~ sama2 menjayakan aktiviti ni.. pelbagai aktiviti diadakan~futsal 4sebelah, bowling kelapa, tembak tin, memancing paku, sambut belon.. dan lain2~ kang penuh dgn senarai list aktiviti plk~ ;p

Jika nk sebut pasal bab touching2~ mmg touching jk aku nk kenangkan semula zaman persekolahan dulu.. sekali lagi..aku sangat bersyukur kepada Allah..kerana memberikan peluang kepada aku untuk kembali semula kesekolah dan menjiwai alam persekolahan.. DULU~ hari kantin sebagai pelajar..SEKARANG~hari kantin sebagai pendidik.. DULU..aku enjoy hari kantin dengan menjaga gerai kelas..gerai persatuan..gerai unit beruniform..SEKARANG..aku enjoy hari kantin dengan membuat pemantauan perjalanan hari kantin tersebut.. so,kerja aku mengambil gambar.. kelilingi kawasan sekolah untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

berdiri aku terpaku..melihat gelagat pelajar2 semua.. tersenyum aku sendiri.. (:
zaman persekolahan..adalah zaman YANG PALING MENYERONOKKAN~!!! walaupon bermacam liku-liku harus ditempuhi.. walaupon di Universiti ada juga hari Karnival seperti ini..tapi kenangan dan sentuhannya..tidak sama dengan hari karnival semasa persekolahan.. aku malas nk cerita panjang lebar.. nanti merepek je lebih.. meh aku sharekan beberapa gambar sekitar "Hari Karnival Ko-Korikulum SMK Seri Kundang Tahun 2011"

 
dalam kul11:00 pagi dah neh~

 
gerai ni jual mcm-mcm

 
dah mcm kt pasar siti khadijah plk rasanya~

 
gerai yang paling untung~

 
hah~punyahlah semangat+sporting~ bagus~

 
main baling belon pon ada ya~ ^-^

 
 dah ready nak main~ jom mula~!! (:

 
pelajar lelaki pon ada main~ ^-^

 
neh bincang-bincang apa neh~ (: 

eh~eh~ happynya..dapat air kotak~ menanglah tu kan~ (:

dah nak kemas-kemas da~ untung tak~?

 
neh abis awal..mestilah untung kan~?


sekian~


Jun 22, 2011

:: pergh~ kenangan dulu-dulu ::

salam... sudah lama aku menyepi.. kenapa aku menyepi.. sebab kurang kesempatan untuk berkongsi...huhu~
sekarang ni.. aku jadi guru ganti di sekolah menengah kebangsaan seri kundang... boleh tahan juga jauhnya dari rumah family aku... tapi..aku suka sekolah tu.. serius~ so far, dah 3 minggu aku jd guru.. macam-macam hal yang dapat aku tgk semula.. pastuh..mulalah tersenyum bila mengenagkan zaman-zaman aku sekolah dulu...
mulalah rasa nak pakai semula baju sekolah tu.. (tah muat atau tak) masa sekolah menengah dulu.. aku timbalan naik pengerusi pengawas pusat sumber sekolah.. memang rajin giler g pusat sumber..(masa rehat).. ni dah jadi guru..tak berkesempatan pulak nk ke pusat sumber tu.. dapat jejak kaki sekali je.. huu~

aku blh jadi guru ni pon...sempena menggantikan seorang guru yang sedang cuti bersalin. 3bulan..lamakan~? (aku tak g ziarah lagi cikgu ni) kebetulan.. cuti sem aku pon lama.. bulan 9 nanti baru masuk.. (padahal byk kerja lain kena pk) minat aku nk mengajar ni... lahir dari ibuku sendiri.. org kata..mna tak tumpahnya kuah..jika tak ke nasi~ (: aku syukur sgt2 sbb dapat peluang untuk mengajar..walaupon hanya sekolah menengah.. ianya cukup bagi aku untuk menimba pengalaman dalam dunia pendidikan... aku suka sangat apa yang aku sedang buat sekarang. (:

oklah.. next time aku story morie lagi~ (perasan je..mcm ada org nk baca~)
salam~

May 8, 2011

:: cinta hingga hujung nyawa ::

wah~post ni..aku nak membebel panjang... aku nak berjiwang2 plk.. sesaje je..tak penah nk berjiwang kat blog ni.. mana yang geli nak baca tu.. ikutlah korang nak wat apa yang sesuai.. jgn kutuk aku macam AMIR maharaja lawak tu dah la.. >.< tiada paksaan. n_n untuk membaca. lain orang..lain pendiriannya.. ada orang segan nak bercinta di laman sosial ni.. tak kiralah.. Tweeter ke.. My Space ke.. Facebook ke.. Friendster ke..

aku tak kira.. nak berCINTA gak di blog ni. bukan apa.. aku tak penah buat.. kalini je rasa nak wat... takde apa aku nak malunya.. pasal ~ sempena hari ibu bapa seMalaysia.. so..aku mengambil kesempatan nak wish utk ibu ku tersayang.. noraizan.. dan abah ku tersayang.. abd latif.. semoga kalian sentiasa dikurniakan kesihatan sentiasa dan dipermurahkan rezeki oleh Allah.

abah ku..hero ku.. inspirasiku.. ibu ku.. heroin ku..semangatku.. tanpa diorg... bermaknakah aku di dunia ni~? jika nak cerita pasal jasa ibu n abh aku~ tak terkata.. tak terbalas.. Allah sahaja mampu mambalasnya.. aku sebagai anak.. tidak akan putus doa ku untuk mereka.. tidak akan luput ingatanku pada mereka..

bila mengenang semula bila aku kecik-kecik.. kerenahku.. kenakalanku.. boleh membuatkan aku menitiskan air mata... tidak pernah sekali pon mereka merasakan aku menyusahkan mereka.. penuh sabar mereka mendidikku.. memang pening kepala mereka aku wat.. mmg patut mereka mendidik aku macam tu.. >.< semuanya.. kerana sayang.. bila malam.. tanpaku sedar.. mereka duduk disampingku.. diusap2 rambutku.. dikucup dahiku.. (sayang sungguh mereka) T_T

dahulu~ masa kecik-kecik aku memang degil.. suka merayap dgn kawan-kawan.. lewat petang baru balik.. penah sekali..kaki aku kena ikat~ (huhu~!! padan muka nakal lagi~) selalu mereka nasihatku supaya belajar~ belajar~ belajar~ tapi..apa yang aku reti buat..hanya belakon belajar.. agak-agak.. jika rotan tu ada ditanda berapa kali kena libas.. aku punya calit paling banyak kot~ >.<

kini~aku dah besar.. peringkat awal dewasa.. apa yang aku mampu buat sekarang, dengar kata mereka.. ingat nasihat mereka.. lakukan apa yang diminta..  jaga hati mereka.. itu sahaja mampu aku buat.. layan mereka sebaik mungkin..sebagai mana mereka layan aku dari kecil..hingga aku mampu untuk berdikari. aku akui, dari segi akedemik.. jauh beza berbanding adik-beradik ku yang lain. tapi.. mereka turut sahaja kehendak ku.. untuk terus melanjutkan pelajaran.. (hah~!! sebak aku rasa..cukuplah setakat ni.. tak mampu nk teruskan)

akhir kata.. ini pesan ibu dan abah ku " anak-anak ibu abah semua sama.. masing-masing ada lebih dan kurangnya.. takde nak dibeza2kan.. semua sama sayang " jika ibu bapa kita mampu mengagihkan kasih sayang yang sama rata untuk kesemua anak-anaknya.. mengapa kita (adik-beradi) tidak~? untuk memberikan kasih sayang kita kepada hanya kepada dua insan ini sahaja. andai kekasih ditatang bagai minyak yang penuh.. inikan kedua ibu bapa kita.. yang tiada tolok tandingnya kasih sayang mereka.. andai hilang kawan-kawan didunia.. merekalah kawan yang paling akrab dgn kita.. andai hilang semangat.. merekalah pendorong kita.. andai dalam kesedihan.. merekalah tempat rintihan kita.. renung-renungkan..

selamat hari ibu bapa untuk semua ibu bapa di Malaysia~ salam~ n_n

:: keliru dengan diri sendiri ::

hidup didunia ini...
ada pelbagai pilihan...
pelbagai peluang...
pelbagai kerjaya..
pelbagai kehendak...
pelbagai calon pilihan...

disebabkan kepelbagaian ini.. sering membuatkan kita keliru.. mengapa kita keliru~? kerana tamak? inginkan kesemuanya? rasa layak untuk kesemuanya? kadang-kadang apa yang kita inginkan itu, akan menafikan hak orang, menindas orang. Tetapi.. kadang-kadang ianya ada kebaikan juga, mampu membantu, membuka peluang kepada yang lain.

disebabkan kepelbagaian ini.. haruslah kita menjadi insan yang bernas untuk membuat pilihan. sudah namanya pon pilihan.. kita harus membuat keputusan berdasarkan pertimbangan waras yang telah kita lakukan..
jangan sampai yang dikejar tak dapat..yang dikendong berciciran.. habis semua melepas. Kita ingat Allah sentiasa.. PASTI Allah ingat kita..(allah tidak pernah melupakan hamba-hambaNya) kita minta pada Allah.. PASTI Allah akan kurniakan permintaan kita..

ibu aku ada pesan.. " bila membuat pilihan . . .  pasti ada pengorbanan . . .  berdoa pada Allah, minta petunjuk dariNya . . . "

May 2, 2011

:: hari bekerja atau hari bercuti~? ::

rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan "selamat hari pekerja" untuk semua warga malaysia yang bekerja.. terutamanya untuk pembaca blog saya. huhu~!! n_n
hari pekerja ni..akan jatuh pada 1 mei setiap tahun.. jadi..semua org yang bekerja nk cuti pada hari tersebut. sapa yang tak suka cutikan... >.<

tapi... semalam (ahad, 1 mei 2011) aku tgk... tak macam hari pekerja da.. suma org tak cuti pon.. sibuknya macam biasa ja... agak-agaknya, penah tak kawan-kawan terfikir..apa akan jadi...bila semua org CUTI pada hari tersebut. satu perniagaan pon tidak beroperasi.. contoh ye.. nk g menonton wayang? tiada! CUTI~!! nak g makan diluar? tiada! CUTI~!! nak g shopping? tiada! CUTI~!! haa.. dan byk lagilah.. agak-agak penah tak terfikir macam tu~? huhu!! bermaknakah cuti korang pada hari itu~? huhu~!! kena stay di rumah je..layan astro..layan internet..layan haiwan peliharaan..sbb nak g mana-mana suma CUTI~ huhu~!! saje je nk kongsi apa yang saya terfikir~ ^_^ anywhere.. wish me luck for my final exam. thanks~!! n_n ada lagi dua paper saja lagi~

Apr 17, 2011

:: kau pelengkapku ::

sehari tanpamu..aku lesu.hilang tenagaku..kau mengembalikannya..hilang semangatku..kau kembalikannya.. tika aku dilanda masalah..kau melupakannya.. kau sgt penting untukku.. kau redakan angin marahku..kau ilangkn rs sedihku..kau simpan knangan indahku.. aku sangat2 perlukanmu... selamat malam. aku perlukan T.I.D.U.R.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Mar 30, 2011

:: selamat tinggal sayang ::

hari ini aku dikejutkan dengan berita sedih. aku kehilangan entiti yang aku sayang.. post kali ni adalah untuk kau~

sejak kali pertama aku melihat kau..aku sudah suka. aku terus memiliki kau. sejak dari itu.. kau setia menemaniku kemana sahaja.. bila-bila masa aku perlukan pertolongan kau..kau sudi membantuku..
perkenalan kita sejak seawal diplomaku hinggalah kini ke peringkat sarjana.. tugas beratku..kau ringankan, fail kerjaku kau pikulkan..suka dukaku..kau rasai bersama..

tanggal 30hb Mac 2011, kau pergi meninggalkan aku.. kau pergi tanpa tinggalkan khabar.. tanpa tinggalkan pesan.. aku sungguh sedih meratapi pemergian kau.. tak dapatku tahan sebak dada ini. pemergian kau..bersama tugasan2ku yang penting.. lagi menyedihkan..bilaku pergi mencari kau.. apa yang ku temui hanyalah bangkai jasad mu...
ohh~!! tertusuk hatiku ini..kerana pemergianmu ini adalah pasti..
selamat tinggal sayang. lagu ini untuk kau yang telah pergi...

(Zizan ft. Dina - Selamat Tinggal)

aku akan terus merindui kau..tiada pengganti yang sama seperti kau~ T_T

(Kingston DataTraveler D100 - 1GB)

Sekian, terima kasih

Mar 28, 2011

:: aku kau pilih ::

aku tiada paras rupa yang kacak..
aku tiada wang berjuta..
aku tiada harta menggunung..
aku tiada rumah yang besar..
aku tiada kereta mewah..
aku tiada ilmu yang luas..
aku tiada pangkat yang besar..
aku tiada pengaruh yang banyak..

tapi..aku kau pilih...

aku punya rupa yang biasa..
aku punya wang seadanya..
aku punya harta yang sederhana..
aku punya rumah yang selesa..
aku punya kereta yang baik keadaannya..
aku punya ilmu yang terhad sahaja..
aku punya pangkat hambaNya..
aku punya kawan-kawanku sahaja..

tapi..aku kau pilih...

duduk sendiri..terfikir mengapa aku kau pilih...
(-_- )

Mar 27, 2011

:: Flying Color Haziq Latif ::

Last Wednesday, my family went to Kuala Kangsar where my brother took his SPM’s result. As a family, we went there as a moral support for him (too sad i'm not in the trip, as i have my master class on that day). To be short, my brother got 9A's for his SPM. It was a memorable moment where I nearly drop a tears for being happy for him (even i just noticed his result via phone). huhu~!! >.< Oh, I forget to mention that my little brother was studying at Malay College Kuala Kangsar. I'm very proud of him since the first moment he enter that school and now for his excellence SPM result. I always pray for his future undertaking. Congrats Haziq! We will support you F.O.R.E.V.E.R~!!


 
 
(picture source: CAKPhotography)

Mar 17, 2011

:: insan bertuah ::

" argh~!! itu tak dapat! ini tak dapat! itu tak kena! ini tak kena! AKU TENSION!! "
ada ke org tension sampai macam ni sekali bila dia rasakan dirinya tidak bertuah~? bila dibandingkan diri sendiri dengan orang lain..jarang sekali merasakan diri ini bertuah. (itulah kebiasaannya luahan isi hati)

tidak penah sekali nama ini terpetik untuk jadi insan bertuah~ sungguh tidak bertuah u_u pelbagai usaha dilakukan..pelbagai caya dilakukan..kadang-kadang terasa putus asa~ rasa serba tak kena dalam setiap apa yang dilakukan.. (bukan mengeluh..cuma luahan hati kecil)

sedang menunggang motosikal~ aku berbicara sendiri..berbicara dengan angin yang menyapa tubuhku ini..mengharapkan..apa yang kurasakan lenyap seperti angin yang berlalu pergi.. sedetik seketika.. aku terfikir yang aku ini sebenarnya SANGAT BERTUAH!! kenapa~??

- sebab aku terpilih untuk dilahirkan didunia ini.
- sebab aku punyai ibu bapa yang sangat sayang aku.
- sebab aku punyai adik beradik yang sayang aku.
- sebab aku punyai saudara-mara yang sayang aku.
- sebab aku punyai kawan-kawan yang sayang aku.
- sebab aku punyai kehidupan yang agak selesa berbanding orang lain.
- sebab aku punyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding orang lain.
- sebab aku punyai rumah yang agak selesa berbanding orang lain.
- sebab aku berada di negara Malaysia yang aman damai.
- sebab aku yang bernama Mohd Hazim.

sedetik seketika itu betul-betul membuatkan aku sangat merasa sebagai insan bertuah untuk ada didunia ini dan ada orang yang sayang aku.. Terima Kasih. aku hanya mampu tangis dalam senyuman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top