Showing posts with label Suka². Show all posts
Showing posts with label Suka². Show all posts

Mar 28, 2011

:: 5 minit sahaja ::

siapa kata 5 minit tak penting~?? angkat sebelah tangan~!! \\('.' )
siapa kata 5 minit tak bernilai~?? angkat dua belah tangan~!! \\( '.' )//


5 minit lagi masa menjawab exam akan abis.. berpeluh2~!! rasa singkat sgt!
5 minit masa rehat.. sekejapnya~tak puas!
5 minit lagi dah nak sampai rumah.. YES 2x~!! boleh main game!
5 minit lagi nak masuk waktu maghrib.. ala~tak puas lagi main bola!

5 minit sahaja... kita rasa sangat sekejap..singkat..tak puas..
5 minit sahaja... ia akan menjadi lama..susah..bosan..

bila~

5 minit sahaja kena menunggu orang.. lembab giler~!!
5 minit sahaja perlu menjaga adik sementara ibu ke kedai.. lamanya~ nak keluar ni~!!
5 minit sahaja kelas akan berakhir.. bosan dah ni~ mengantok~!!
5 minit sahaja masa diperlukan untuk solat.. ada sahaja alasan akan keluar...

walaupon hanya 5 minit.. kita perlu hargai dan guna sebaiknya masa yang ada.. kita tidak perlu mengejar masa..tapi, kita perlu selari dengan masa..

andai kata kita tahu masa kita hidup hanya tinggal 5 minit sahaja.. adakah anda akan menghargai masa itu~??
renung-renungkan.. ini cerita 5 minit sahaja, tidak lebih.

Sekian, terima kasih.

Mar 17, 2011

:: insan bertuah ::

" argh~!! itu tak dapat! ini tak dapat! itu tak kena! ini tak kena! AKU TENSION!! "
ada ke org tension sampai macam ni sekali bila dia rasakan dirinya tidak bertuah~? bila dibandingkan diri sendiri dengan orang lain..jarang sekali merasakan diri ini bertuah. (itulah kebiasaannya luahan isi hati)

tidak penah sekali nama ini terpetik untuk jadi insan bertuah~ sungguh tidak bertuah u_u pelbagai usaha dilakukan..pelbagai caya dilakukan..kadang-kadang terasa putus asa~ rasa serba tak kena dalam setiap apa yang dilakukan.. (bukan mengeluh..cuma luahan hati kecil)

sedang menunggang motosikal~ aku berbicara sendiri..berbicara dengan angin yang menyapa tubuhku ini..mengharapkan..apa yang kurasakan lenyap seperti angin yang berlalu pergi.. sedetik seketika.. aku terfikir yang aku ini sebenarnya SANGAT BERTUAH!! kenapa~??

- sebab aku terpilih untuk dilahirkan didunia ini.
- sebab aku punyai ibu bapa yang sangat sayang aku.
- sebab aku punyai adik beradik yang sayang aku.
- sebab aku punyai saudara-mara yang sayang aku.
- sebab aku punyai kawan-kawan yang sayang aku.
- sebab aku punyai kehidupan yang agak selesa berbanding orang lain.
- sebab aku punyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding orang lain.
- sebab aku punyai rumah yang agak selesa berbanding orang lain.
- sebab aku berada di negara Malaysia yang aman damai.
- sebab aku yang bernama Mohd Hazim.

sedetik seketika itu betul-betul membuatkan aku sangat merasa sebagai insan bertuah untuk ada didunia ini dan ada orang yang sayang aku.. Terima Kasih. aku hanya mampu tangis dalam senyuman.

Mar 16, 2011

:: gelagat - gelagat lucu 2 ::

seperti yang dijanjikan..maka, harus ditunaikan. ini sambungan daripada post gelagat - gelagat lucu yang pertama. bukanlah apa sangat gambar-gambar ni semua. kita sebagai manusia.. tak dapat nak elak daripada perkara-perkara spontan. semua benda-benda tu akan wat kita tersenyum sendiri dikemudian hari.. reaksi kita diekspresskan memalui memek muka kita yang comel tu~ huhu!! untuk makhluk tuhan yang lain juga tidak terkecuali..ada juga gelagat-gelagatnya.. so, enjoy ye gambar kali ni~ (:

sorry little guys~!! not this time~!! i'm too hungry~ (:

sorry boss~ i don't have a break~
 

hey~ it wasn't me OK~?!

you got delivery~

hey~!! don't just sit there! help me~! i'm stuck~!!

Here i come~!! Extra Firework~!!

nice art hah~?? it's call natural beauty~ (:

if i can smile~ u must smile too~ (:

meeeoww~!! why you (people) throw me here~?? i can't swim!!


hehe~!! harap kawan-kawan suma terhibur dgn gambar-gambar yang saya kongsikan ini~

Sekian, terima kasih.

Mar 11, 2011

:: gelagat - gelagat lucu ::

dalam kesaratan akal fikiran aku membuat assignment yang tak siap-siap ni (asyik bertambah je..bila nak siap) lagi sekali..jari jemariku memetik-metik papan kekunci mencari gambar-gambar lucu.. maka, terjumpalah dan mampu membuatkan untuk aku tersenyu, seketika~ (lupa kejap ada kerja perlu disiapkan) jom aku sharekan gambar-gambarnya~ enjoy~!!

OUCH~!!

stone cold mugger

are they looking~?? (embracing~)

where is the ball~?!!

i'm the saint
 

Ouch~!! my practiced not works again!!

 Ouch~!! my break too grab!! gosh~
 

 awww~!! aawww~!! will it hurt~??

OMG~!! where is my bike~??

 aaauuuuuwwww~!! you spoil my 'titanic' moment~!!

Dude~!! told you~ I'd get on TV~!!

Checked~!! All clear~ There is nothing down here~

hee~menarik?? ada lagi... tunggu episod ke-2 ya~ ;)


Sekian, terima kasih

Mar 10, 2011

:: fantasi dan rialiti 2 ::

ni sambungan fantasi dan rialiti itu hari, so aku tunaikan janji untuk sambungan post tersebut...untuk post kalini, gambar-gambarnya mungkin lebih menarik~ enjoy ye gambar-gambar yang saya share ni~ (:

barang ilusi~dapatkan dipasaran sekarang~

sekarang saya boleh lihat lebih jauh~
 

kini, untuk kemana-mana lebih mudah~

manusia bertelur~

oh~!! harumnya~
 

sayangi paru-paru anda~

hey~!! aku pun tikuslah.. jom kita main sama-sama~

boleh anda nampak saya~?


 haa~ amacam~? menarikkan gambar-gambar yang ada ni.. sesungguhnya manusia ni sungguh kreatif. Semuanya ciptaan Yang Maha Esa, Allah s.w.t. syukur kita dijadikan sebagai manusia.

Sekian terima kasih.

Mar 9, 2011

:: fantasi dan rialiti ::

dalam semak-semak kepala duk wat assignment untuk hantar (soon) boleh plk aku nak p cari gambar-gambar menarik yang ada kat tenet tu... agak menariklah gambar-gambarnya. gabungan kreativiti manusia dan teknologi... terhasillah karya-karya yang kreatif. jom aku sharekan gambar-gambarnya~ enjoy~!

bila asyik leka memanah~
 

 betul-betul sejuk~

pintu ilusi~
 

jom main gitar~




  perlukan lebih pekerja~? pilihlah saya~

 

tempat tersembunyi~? tiada masalah!

 gaduh sampai kelaut~

 perlukan pembantu di waktu malam~? ;)

Nantikan post yang ke-2 ya~ ada lagi gambar yang lebih menarik~ (:

Sekian, terima kasih.

Feb 18, 2011

:: 6 tahun? alhamdulillah ::

apa yang 6 tahun ni?? melibatkan angka-angka ni mesti ulang tahun apa-apa@sumting yang bestkan.. umur aku ke~? wah!! dahsyat! 6tahun da berblog~?! huhu~!! tanggal 18.02.2011 genablah tahun ke-6 anniversary aku dan pasangan.. alhamdulillah! (itu pon nak kecohkan) pada aku.. walaupon genab tahun ke-6.. ianya bukan angka yang besar.. angka yang boleh mengatakan aku sudah cukup bagus..cukup hebat. cukup mengenali dia. pada aku itu angka yang masih baru.. masih perlu belajar nilai persahabatan..nilai tanggungjawab..dan macam-macam lagi. jika kita sebagai manusia ni.. ada yang baru nak masuk tadika. baru pandai mengeja dan membaca.

mungkin diluar sana ada yang lagi hebat~!! sudah 10tahun, 20tahun, alhamdulillah~!! moga perhubungan itu sentiasa mendapat keberkatan dariNya. amin~!! teruskan hingga keakhir hayat.

6tahun~~

bukan bermaksud. " wah~!! sudah 6 tahun~!!" bunyi macam sudah lama aku bertahan, dan sangat kejam bunyinya...

jika aku..suka cakap macam ni " baru 6 tahun~ masih jauh lagi perjalanan untuk ditempuhi bersama."

kepada wawa green (fb); terima kasih kerana sudi berkenalan dengan ku..terima kasih kerana hadir dalam hidupku.. terima kasih kerana bersabar dengan kerenah ku.. terima kasih banyak-banyak~!!

aku sangat sayang kamu~!!



 (kek datang dari google jew~ huhu!!)

Sekian, terima kasih

Feb 17, 2011

:: err~ boleh tolong bacakan untuk aku~? ::

adalah satu hari hujung minggu aku g jalan-jalan disebuah shopping komplek kat area bandar sunway.. punyalah dah lama tak g sana..aku pon da jadi tak familiar dgn area tu.. nak cari kedai makan pon dah tak ingat. haha~!! so..aku pon carilah papan tanda yang berdekatan dengan escalator.. jenuh aku pandang benda tuh.. terpusing-pusing..pening kepala~! korang boleh tolong bacakan untuk aku~??

biasalah benda ni huruf kecik-kecik..agak-agak nampak ke nak baca tu~?


hah~!! nampakkan~? boleh tolong saya bacakan~?

hee~!! XD

p/s :: memang susah nak cari direction jika mcmni kan~??

Sekian, terima kasih

:: satu batang rokok sahaja~ ::

Malam semalam, aku ada kelas Database dan Project Management.. kelas dari jam 7mlm sampai 11 mlm. dalam penat-penat dan mengantuk tu..lecturer tu pun open satu cerita. die ni orang berbangsa cina, banyak pengalaman hidup~ memang otai giler. pasal die ajar dua-dua subject skali~!! non-stop!!

jom aku nak kongsi dgn rakan-rakan pembaca semua cerita dia tu;

kisah die mula mcmni.. ada sekumpulan mat saleh ni.. nak pergi ke satu lokasi tapi tak tahu jalan..so diaorg pergilah ke perkampungan orang asli untuk dapatkan pertolongan. cakap punya cakap (confirm-confirm ada jurubahasa kan) orang asli tu pon bersetuju untuk tolong mat saleh tu.

org asli tu kata..nak sampai sana tak jauh~ cuma satu batang rokok sahaja~!

mat saleh tu terkejut~!! mana mungkin cuma satu batang rokok sahaja. tempat tu pasti jauh. lagi pon, perlu meredah hutan dan sungai.

org asli tu terus nyalakan rokoknya.. dan memulakan perjalanan.. tak lama kemudia...dia padamkan api rokok tu..dan~sampai di satu tempat, die nyalakan semula rokok tu..dan padamkan semula..

bergitulah dan seterusnya org asli itu lakukan..sehinggalah.. tiba dilokasi yang hendak dituju~satu batang rokok itu pon habis juga akhirnya~

mat saleh tu pon berkata ::
"tak jauhkan~? cuma SATU BATANG ROKOK SAHAJA~!! "



hahaha~!! XD

Sekian, terima kasih!

Feb 16, 2011

:: siang ke malam ::

salam semua~ wargh~!! apa dah jadi dgn aku ni.. sekarang dah jam 3:15 pagi. aku tak boleh nak lelapkan mata lagi. cuaca pagi ni..mmg panas. hangat je rasa..tak tau nak wat apa..golek2~ sudahnya..aku buka blog dan taip apa yang aku nak taip.. (arggh~!! b.o.s.a.n) pagi ni aku bertemankan radio (sentiasa buka) layan Suria FM. pagi2 mcmni.. DJ takde..lagu je banyak. mmg layan lah..

sejak dua menjak ni.. mmg aku ssh nak tdo sebelum kul12. kenapa~? (cuaca~?) mungkinlah.. (dah byk tidor~?) mungkin juga.. sbnrnya...... erm..takde papelah. serius aku bosan giler..~!!

tuhan jadikan siang untuk kerja..malam untuk tdo/rehat. tapi, ada juga manusia kat luar sana..sudah malam pon..masih mencari rezeki (yang halal)

aku nak tanyalah kat kawan2 yang tahu.. ada beza ke kualiti tidur waktu malam berbanding dengan waktu siang~? bukan apa...aku terpikir..kita tgh tidurkan..tak kesahlah siang@malam.. mata pejam..badan kita mmg sedang berehat masa tu..boleh tak aku nak kata... tidur siang ke..malam ke..sama sahaja~??


Feb 11, 2011

:: Jumaat yang bertuah ::

salam jumaat kawan2~ sedar tak sedar.. sudah hampir masuk pertengahan bulan 2. agak2 hari ini ada apa2 benda yang menarik ke~?? ada kawan2 korg yang berakad nikah ke..sah sebagai suami isteri, atau.. ada yang bertunang..dapat capat cahaya mata..dan lain2 lah. aku berdoa..semoga hari ini akan berlaku benda yang baik2 dan cemerlang sahaja untuk korang semua. amin~

bukanlah untuk hari ini sahaja..malah seterusnya. bukan istimewa apa pon hari ini.. cuma nombornya sahaja.. nombor cermin. perasan atau tidak... inilah die~
11022011

see~ bukanlah istimewa apa pon. cuma..nombor je. suma ni datang cuma sekali~ 
so..have a nice Friday kawan2~ (:


p/s :: hargai setiap saat yang ada dan bersyukur~ (:

Jan 30, 2011

:: Untuk Orang Tinggi ::

:: Dear people who are taller than me, I AM NOT YOUR ARM REST! ::


Sincerely,
Short People.

Dec 13, 2010

:: Malas atau Sibuk ::

ehem2~ nak cakap pasal apa la pulak kali ni kan.. kerjanya merepek je kat blog ni.. (:
aku guna hand phone (HP)..utk msg..call..video call..mms.. apa lg blh wat dgn HP?? WLan?? ada.. Email?? ada.. Update blog?? takde..HP masih kurang canggih.. (:

1 hari tu..duk bosan kt opis (takde kerja ke??) duk la belek² HP. tiba² terkejut sendiri.. pasal apa??

tgk gambar bwh ni. (:


(msg tu takde kaitan pon ;p)

urm..biasa je..takpe apa yang best pon kan??..huhu!! (tah pape jew~)
saja² terkejut sendri..tgk byknya msg kt inbox tu.. ada 938!! ni malas atau sibuk??

p/s :: inbox HP kawan² ada brapa byk msg??

Sekian, terima kasih.

Dec 12, 2010

:: PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? ::

macam biasa~ en. BA ada pelbagai segmen dalam akal fikirannya yang kreative tu.. kali ni pasal
PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH?
dah byk aku lepaskan..kali ini rasanya tidak lagi~ (:


 

Q and A ::
1. dari mana dapat nama blog ni :
- niat berblog untuk berkongsi apa yang ada dalam kepala otak ni kepada kawan2. jadi, dapatlah Something to Share.

2. maksud disebalik nama blog ni :
- sesuatu untuk dikongsi. (: benda2 berbaik2 sahaja. (:

3. Siapa orang kuat blog ni :
- of course ME. AjimGreen.

4. Angan angan terhadap blog ni :
- angan2?? hahaha!! menjadi bualan orang ramai. (:  benda yang baik2 sahaja.

5. Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa :
- AjimGreen

6. Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana:
- confirm2 kat billboard yang ada di highway 1 Malaysia!! aku nak letak (:

7. Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer .. :

8. Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan .. 
- blog saya memberikan pelbagai inspirasi kepada saya dalam meneruskan arena penulisan yang telah sekian lama ditinggalkan.
Sekian, terima kasih.

:: eqbalzack 2010 Giveaway Contest ::

hari ini sabtu..mcm biasalah..aku pasti menonton bola punya. mula2 layan kedah lwn kelantan. pastu direct tgk EPL la. huhu!! tgh half-time. ushalah blog jap..tgk2 ada 'tag' dari cik nurse ni. (wat posting ni sambil tgk bola~) tag ni pasal en. eqbalzack ni wat giveaway upin & ipin.

upin dan ipin bakal keluar episod terbaru tahun 2012 nnt. tajuknya ; Laksmana Upi dan Ipin. apa yang bestnya ialah bakal menggunakan teknologi stereoscopic iaitu bagi membangkitkan kesan 3D ke tahap optimum. dahsyat cerita ni kan..? semua orang suka..tak kira usia.

Sebelum ini, filem Geng: Pengambaraan Bermula yang mula ditayangkan pada Februari tahun lepas telah mencatat fenomena luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan kedua tertinggi dalam sejarah perfileman iaitu sebanyak RM6.3 juta hasil jualan tiket tayangan di pawagam.

agak-agaknya cerita terbaru nanti..berapa juta lah pulak kan??


syarat-syarat penyertaan sangat mudah:
  • tinggalkan link pada entri giveaway di page abang eQ
  • tarikh tutup penyertaan :17/12/2010 (Jumaat): 11.59 pm
  • 5 entri bertuah akan mendapat  hadiah comel ini:
(kalender upin & ipin 2011)

Sekian, terima kasih

Dec 6, 2010

:: RM 1.90 ::

ini cerita rm1.90.

1.90, tambah 10sen..duit belanja aku sek men dulu,
1.90, masuk tandas VIP berbaki 90sen,
1.90, nasi lemak lauk sotong,
1.90, 100plus 500ml,
1.90, tambah 60sen untuk Berita Minggu,
1.90, isi minyak 1liter (RON95)

harga RON 95 kekal tahun ini

ini cerita rm1.90....


Sekian,terima kasih.

Nov 28, 2010

:: Musim Kahwin ::

hahaha!! jangan ingat hanya ada musim yang empat tu je.  
Musim Kahwin pon ada tau~ (:
dah hujung² tahun ni biasalahkan.. time cuti sekolah lagi~ Musim Kahwin berlaku! dalam 1hari..ada jemputan sampai 3 majlis. wah~!!

kepada pasangan yang dah kahwin tu..tahniah..!!
aku doakan moga perhubungan perkahwinan kawan² aku mendapat berkat ilahi dan berkekalan hingga keakhirnya. amin~

ni antara kawan² aku yang dah selamat di ijab kabulkan :
- Pasangan Mohd Zahid dan isteri.
- Pasangan Zahid Wahab dan isteri.
- Pasangan Mujib dan isteri.
- Pasangan Harris dan isteri.
- Pasangan Firdaus(tepeng) dan isteri.
- Pasangan Azeanty(yan) dan suami.
- Pasangan Hamiza(ieja) dan suami.
- Pasangan Syuhada(syu) Mohamad dan suami.
- Pasangan Intan Bazilah dan suami.

wah!! ramainya~ bilalah agaknya giliran aku. ;) huhu!!

bila cakap pasal kawin.. planning kena ada.. apa kata, pada hari ahad (hari ini) 28nov2010.. kita ramai² p jenguk² kt PWTC.
ada "Pameran Pengantin 1 Malaysia" (last-day) kat sana mcm² ada.. time ni la kita nk dapatkan promosi! memang sesuai sangatlah untuk sesiapa yang plan nk kahwin dalam tahun 2011 akan datang. (:

p/s :: jom pakat² kita p sana! 10 pagi - 9 malam, masuk adalah PERCUMA!

(right-click on image > open new tab to enlarge)

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top