Tanpa fiber (serat) dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan
sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi
punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar.
Ia merupakan diet utama dalam menu pemakanan kita.
Fiber
banyak didapati daripada dinding sel tumbuh-tumbuhan di mana apabila ia
dimakan ia tidak diserap oleh usus dan berlalu melalui usus kecil ke
usus besar sebelum keluar menjadi "ketulan". Jangka masa yang sesuai
ketulan keluar setelah makanan dimakan adalah antara 12 ke 18 jam dan
melebihi jangka masa ini meningkatkan risiko kanser usus besar (colon
cancer).
Terdapat dua jenis fiber iaitu yang tidak diserap dan yang diserap oleh
badan. Fiber yang tidak diserap oleh badan, menyerap air dan ini
menyebabkan ia mengembang dalam perut kita. Ia menjadikan kita merasa
kenyang. Fiber yang diserap pula membantu dalam menurunkan kadar
kelestrol dalam darah.
Fiber yang tidak diserap boleh didapati daripada kekacang dan
biji-bijiran (cereal) seperti kacang soya, kacang hijau, pea dan almond.
Manakala fiber yang diserap adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita
memerlukan 5 ke 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan
pelbagaikan jenis hidangan. Satu hidangan adalah diukurkan
berdasarkan besar telapak tangan kita. Ia nampak lebih sedikit daripada
apa yang disangkakan jadi mengapa tidak mencuba. Setiap hidangan boleh
dilakukan di waktu sarapan, rehat pagi, tengah hari, minum petang dan
makan malam.
Supaya tidak jemu pelbagaikan jenis hidangan dan ini memang digalakkan.
Rujukan di sini dapat membantu dalam membuat penilaian jumlah
pengambilan. Sebagai contoh :-
1. Satu potongan betik
2. Satu potongan jambu
3. Dua biji limau manis
4. Dua potongan nenas
5. Satu mangkuk sayur mentah
6. Dua biji tomato
7. Sebiji oren
8. Pisang kecil
9. Epal saiz sederhana
Sukatan adalah pelbagai namun penggunaan telapak tangan sebagai ukuran akan memudahkan membuat andaian.
p/s: hah! lepas ni bolehlah sama-sama kita amalkan, aku pon dah mula makan Oat.. beli yang instant je, tak perlu masak! (=
1 tindakbalas kimia:
wuu~ i sihat sgt!! haha... "ketulan" cute jer hahaha :D
Post a Comment