Apr 17, 2012

Kenali Urin Anda

URIN atau air kencing diibaratkan seperti jendela kesihatan manusia. Ia bukan sahaja menggambarkan makanan yang dimakan dan jumlah air yang di minum, bahkan berupaya menggambarkan penyakit yang dihadapi. Sebarang perubahan warna atau bau yang ditunjukkan oleh urin adalah petanda wujudnya gangguan kesihatan tubuh individu.


Warna urin yang normal adalah kuning hingga kuning pekat dan ia boleh berubah mengikut makanan dan ubat-ubatan yang diambil. Pakar Urologi Universiti Kansas, Amerika Syarikat, Dr. Thomas Griebling dan Dr. Anthony Smith menyatakan urin berdarah dan berwarna agak gelap adalah tanda berlaku infeksi dalam tubuh. Urin yang berbau kuat pula menandakan simptom penyakit buah pinggang. Manakala bau manis yang terwap pada urin merupakan petanda diabetes.


Sumber: iSihat


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top