Jan 6, 2012

Makanan Pengawal Gula Darah [Part 1]


Salam Semua,


Pengaturan makan merupakan asas terpenting bagi pengubat diabetes. Penderita diabetes yang bijak pasti mahu belajar mengenali makanan yang boleh menyebabkan gula darah meningkat salain berusaha menghindari makanan tersebut.Pada dasarnya penghidap diabetis boleh mengambil segala makanan seperti orang lain, tetapi harus dikawal daripada aspek kandungan gula, lemak dan kadang-kadang makanan yang bergaram tinggi. Selain itu, kuantiti yang diambil juga adalah penting. Berikut adalah makanan yang baik bagi mangawal paras gula darah.

Peria

Jika anda memiliki anggota keluarga yang menderita diabetes, sudah saatnya untuk menyiapkan peria di meja makan. Sayuran ini sangat bermanfaat dalam menurunkan tekanan darah dan kencing manis. Tetapi, jangan menggabungkan makanan ini dengan ubat penurun gula darah, kerana ia boleh membuatkan paras gula darah turun secara drastik.






Gandum

Cubalah untuk memasukkan lebih banyak produk gandum dalam senarai makanan anda. Di samping mengandungi banyak vitamin penting, mineral dan serat, gandum juga mengandungi karbohidrat kompleks yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan tenaga. Karbohidrat kompleks diserap lebih lambat berbanding karbohidrat sederhana yang mambantu menstabilkan paras gula darah.


Epal

Kandungan pektin tinggi dalam duah ini dipercayai membantu menurunkan keperluan insulin tubuh. Sebuah kajian tahun 2005 mendapati wanita yang mengambil sekurang-kurangnya sebiji epal sehari, berisiko 28 peratus lebih rendah menderita diabetes jenis 2 berbanding mereka yang tidak makan epal.




Kacang

Serat larut yang tinggi dalam kacang tidak hanya bermanfaat untuk sistem pencernaan dan jantung, tetapi juga menyimpan gula darah setelah makan. Jika anda mengalami kerintangan insulin, hipoglisemia atau diabetes, kacang dapat membantu anda menyeimbangkan kadar gula darah.






nantikan Part II......


Sekian,
 


0 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top