Sep 19, 2011

Fiber Buah Dan Sayuran Satu Keperluan Badan Yang Dilupakan

Tanpa fiber (serat) dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu pemakanan kita.

Fiber banyak didapati daripada dinding sel tumbuh-tumbuhan di mana apabila ia dimakan ia tidak diserap oleh usus dan berlalu melalui usus kecil ke usus besar sebelum keluar menjadi "ketulan". Jangka masa yang sesuai ketulan keluar setelah makanan dimakan adalah antara 12 ke 18 jam dan melebihi jangka masa ini meningkatkan risiko kanser usus besar (colon cancer).
 
Terdapat dua jenis fiber iaitu yang tidak diserap dan yang diserap oleh badan. Fiber yang tidak diserap oleh badan, menyerap air dan ini menyebabkan ia mengembang dalam perut kita. Ia menjadikan kita merasa kenyang. Fiber yang diserap pula membantu dalam menurunkan kadar kelestrol dalam darah.
Fiber yang tidak diserap boleh didapati daripada kekacang dan biji-bijiran (cereal) seperti kacang soya, kacang hijau, pea dan almond. Manakala fiber yang diserap adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita memerlukan 5 ke 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan pelbagaikan jenis hidangan. Satu hidangan adalah diukurkan berdasarkan besar telapak tangan kita. Ia nampak lebih sedikit daripada apa yang disangkakan jadi mengapa tidak mencuba. Setiap hidangan boleh dilakukan di waktu sarapan, rehat pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam.
Supaya tidak jemu pelbagaikan jenis hidangan dan ini memang digalakkan. Rujukan di sini dapat membantu dalam membuat penilaian jumlah pengambilan. Sebagai contoh :-
1. Satu potongan betik
2. Satu potongan jambu
3. Dua biji limau manis
4. Dua potongan nenas
5. Satu mangkuk sayur mentah
6. Dua biji tomato
7. Sebiji oren
8. Pisang kecil
9. Epal saiz sederhana
 
Sukatan adalah pelbagai namun penggunaan telapak tangan sebagai ukuran akan memudahkan membuat andaian.

p/s: hah! lepas ni bolehlah sama-sama kita amalkan, aku pon dah mula makan Oat.. beli yang instant je, tak perlu masak! (=

1 tindakbalas kimia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top