Mar 30, 2011

:: selamat tinggal sayang ::

hari ini aku dikejutkan dengan berita sedih. aku kehilangan entiti yang aku sayang.. post kali ni adalah untuk kau~

sejak kali pertama aku melihat kau..aku sudah suka. aku terus memiliki kau. sejak dari itu.. kau setia menemaniku kemana sahaja.. bila-bila masa aku perlukan pertolongan kau..kau sudi membantuku..
perkenalan kita sejak seawal diplomaku hinggalah kini ke peringkat sarjana.. tugas beratku..kau ringankan, fail kerjaku kau pikulkan..suka dukaku..kau rasai bersama..

tanggal 30hb Mac 2011, kau pergi meninggalkan aku.. kau pergi tanpa tinggalkan khabar.. tanpa tinggalkan pesan.. aku sungguh sedih meratapi pemergian kau.. tak dapatku tahan sebak dada ini. pemergian kau..bersama tugasan2ku yang penting.. lagi menyedihkan..bilaku pergi mencari kau.. apa yang ku temui hanyalah bangkai jasad mu...
ohh~!! tertusuk hatiku ini..kerana pemergianmu ini adalah pasti..
selamat tinggal sayang. lagu ini untuk kau yang telah pergi...

(Zizan ft. Dina - Selamat Tinggal)

aku akan terus merindui kau..tiada pengganti yang sama seperti kau~ T_T

(Kingston DataTraveler D100 - 1GB)

Sekian, terima kasih

2 tindakbalas kimia:

Lummy Dummy said...

panas je ati baca ni..igtkan awek..

d'yah said...

haha..da agak daa..laen mcm jee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top